Sunday, October 9, 2016

Kenali Skincare Anda

Salam




Tajuk tak nak kalah. Aku nak kongsi ilmu yang baru aku dapat. Minggu lepas aku ada baca artikel pasal produk kecantikan dan merkuri. Merkuri ni sejenis bendasing yang selalu kita jumpa dalam produk kecantikan dan boleh mendatangkan bahaya pada pengguna. Tetiba je tertanya diri "eh produk apa aku guna ni? Baik ke tidak?. Dari situ aku start study macam mana nak kenal produk yang ada merkuri dan tiada.

Dari research aku yang tak seberapa tu kita ada 2 cara mudah untuk kenal jenis produk yang ada merkuri ni.

1. Guna emas.

Gosok emas/cincin pada produk tu dan kalau berubah warna asal tu maknanya ada la bendasing tu. Emas tulen tau. Jangan pulak guna emas korea pasar malam tu. Nanti hasil dia auta salahkan aku pulak. Tapi aku tak guna cara ni, aku sayang cincin aku sebab nanti barang kemas kita warna jadi pudar dah satu hal nak kena pergi celup balik.

2. Panaskan dengan sudu.

Aku guna cara ni. mula tu ambil sudu besi dan letakkan sedikit produk skincare kita tu dan panaskan atas api. Tak kisah la pakai lilin atau buka dapur gas ke janji api yang boleh leburkan produk tu. Mudah lagi guna cara ni kan.

Hasil yang aku dapat tu buatkan aku takut dengan semua produk di pasaran. Sabun yang aku pakai tu berubah. Tepi-tepi tu ada hitam. Tapi tak banyak la so aku assume mungkin kuantiti merkuri dalam sabun tu sikit je kot. Tapi dah mampu buat aku nak buang masuk bakul sampah je. Disebabkan perasaan ingin tahu yang menebal aku ambil semua sabun dan krim yang ada semua aku bedal bakar dan hasil dia hanya krim yang aku pakai sahaja yang tak berubah warna. Sabun yang lagi satu aku try tu hitam pekat macam kopi pekat jadinya. Takut aku nengoknya. Habisla muka aku! Selamat diangkut lori sampah dah.

Dalam kita obses nak cantik sampai tak sedar produk apa yang kita guna. Bila dah tahu ni rasa takut pulak. Mula la google produk skincare dari semulajadi. Mulanya aku nak try pakai produk dari The Face Shop. End up aku google listing ingredient ada paraben. Terus stop google. Tapi nekad juga nak tengok betul ke tak cuti weekend aku walk in sendiri. Bila aku baca dekat ingredient takde pula 'paraben'. Mesti salesgirl tu tengok aku geram apa la yang dibeleknya lama kemain. Sejap masuk sekejap datang balik. Aku sendiri pun tak paham rasa nak beli tapi was-was tu menebal. Ini kalau islam dah jatuh haram was-was menebal. ehehehe. Last aku balik dengan tangan kosong. Tengok je lebih belinya idok.

Sekali aku pergi tesco beli tomato balik rumah sental muka pakai tomato je. Habis cerita. Ini tak kena itu tak kena. Aku pun naik pening nak pakai apa. Sekarang baru aku perasan produk yang ada barang terlarang ni tak semestinya lulus dari KKM bermakna semuanya selamat. weeehhh..produk yang aku pakai tu siap ada banner dekat highway kot. Aku still pakai lagi seminggu sekali sebab aku tak nak stop secara drastik. Pagi aku bangun awal tonyoh muka dengan tomato malam aku sental pakai Green Tea. Setakat ni kulit aku ok lagi atau lebih tepat rasa lagi moist dan lembut je. Suka pula aku.

Aku tak tau la kalau cara yang aku guna pakai ni merupakan kaedah yang salah. Mungkin tak tepat tapi ini je yang aku mampu. Nak beli mesin tak mampu la setakat 2 3 titik je aku nak test. Rabak akaun bank aku. Jadi bagi sesiapa yang pakai produk dan rasa kulit muka putih secara drastik, jerawat pun susah nak muncul aku sarankan semak la kandungan produk tu.


Tuesday, December 15, 2015

Girls Day Out

Assalamualaikum


Unexpected plan.Ramai akan cakap kalau kita plan sesuatu tu mesti tak akan menjadi punya. Confirm, Walaupun masa tu korang dah all out habis planning macam-macam.Jadi lebih baik biarkan ia terjadi secara spontan. Nak keluar terlintas je dalam kepala terus bersiap dan zuuuuuuuuuppp keluar. Best sebab aku paling menyampah kalau dah plan lepas tu tak jadi. Paling derhaka kalau dah bersiap cercantik lepas tu dapat text 'Sorry i can't make it, can we just postpone next week?' . Panas je rasa. habis stok minyak wangi seminggu. Tak jadi cakap la awal-awal, penat je bangun awal bersiap...membebel sampai ke petang dan percaya la korang akan ingat sampai bila-bila perkara tu. Hahaha.

Makanya, last weekend telah terjadi suatu perkara yang tidak dirancang.Ini la dinamanya unexpected plan @ plan yang tanpa draft. Suka kan? Mau tak suka dapat jumpa this 2 pretty girls. Sorang datang dari KL, sorang Penang dan sorang dari Perlis*aku la tuuuu. Selalu perkara yang tak dirancang ni akan tamat dengan happy ending. Selalunya laaa. Walaupun aku sekadar pergi Bukit Bendera tapi tak naik. Tetap bahagia sebab nak jumpa bestfriend kannn *pujuk hati. Bukan rezeki aku hari tu sebab orang ramai sangat. Yang dari pukul 1 datang beratur berjam-jam untuk naik dan maghrib baru dapat jejak atas. Tak boleh bayang aku bertapa kentalnya mental dan fizikal mereka. Jadi dekat sini aku nak selit sikit tips kalau nak pergi better pergi weekdays atau pergi awal maksudnya dekat sini kalau boleh lepas subuh terus datang yerrr. Teheeeeee..


Mira dan Wawa


Penang Bridge
Sebab give up tunggu Wawa dengan Mira yang entah bila akan naik. Nekad bawa diri pergi Perda. Ikotkan hati merajuk nak je terus balik Kedah nak-nak malam tu Final Piala Malaysia Selangor vs Kedah. Bila fikir jauh Wawa dan aku datang tak berbaloi la pulak dah datang lepas tu balik tanpa jumpa. Jadi aku beralah tunggu dekat Perda dengan harapan dorang join aku tengok bola. Walaupun bola malam tu tak berpihak pada Kedah sekurangnya dapat jumpa Wawa dan Mira separuh masa kedua dah kira baik sangat la tu. Berbaloi la aku rentas 2 negeri hari tu.



Malam tu stay rumah Mira sebab dah lewat sangat aku nak balik Perlis. Esok tu awal pagi kitaorang keluar bawa Wawa pusing pulau. Walaupun singkat je masa tapi rasa terbayar penat lelah aku datang jauh. Terubat rindu sebenarnya. Hihihi. Pagi tu Mira bawa pergi Batu Feringgi. Kelakar bila orang Penang pun still pakai Maps nak pergi mana-mana. Alahai Miraa..HAHAHA
Masa pergi Batu Feringgi pagi tu orang tak ramai sangat sebab awal lagi. Lepak situ kejap lepas tu terus pergi makan nasi kandar. Tak best la kalau dah datang Penang tak pekena Nasi Kandar kan.

Cantik kan view Batu Feringgi. So kalau nak tengok view ni nasihat datang la awal pagi.

Lepas makan terus hantar Wawa pergi stesen bas. Thanks Wawa sebab sanggup spend time dengan aku dan Mira thans sebab bagi aku pinjam baju. :)


love





thank Mira 

Next kita turun selatan pula ok? Wawa tiket flight jangan lupa booking!

Monday, November 16, 2015

Teman Baik a.k.a BFF

Assalamualaikum

Sapa dekat dunia ni tak ada kawan baik, BFF, Besties, teman sejati buat menemani perjuangan iniiiiiiiii..lalalaa. kelaut sudah. Entah la tetiba rasa rindu pula dekat kawan. Kalau nak ikutkan kawan baik tu ramai. Rasanya sume kawan aku baik. kan? kan? muahahaha.Tapi kalau nak cerita semua tujuh keturunan belum tentu habis. Dari kawan aku sekecik kuman sampai la sebesor peti ais dua pintu. Ramai sangaaaaaatttt. Tak boleh aku nak bayang aku hidup tanpa diorang semua. Rasa macam kari tanpa garam, jam tanpa bateri everyday. Tak Lengkap.

Kawan ni ramai. Dalam kalangan yang ramai tu belum tentu kita punya sahabat. trust me! Bila mana nama sahabat ni lain. Susah senang dia akan ada dengan kita dan tak akan 'tikam belakang' atau 'kawan makan kawan'. Dulu lain, kawan jauh setahun sekali baru boleh borak jumpa. Sekarang setahun tak jumpa pun tak jadi masalah i'm still up to date bout u okeeeeeh. Walau bukan hari-hari berhubung bagi aku cukup kalau kita ingat dengan selitkan doa selepas solat untuk kawan kita. Itu lebih baik lagipun perkara tu (doa) kewajipan kita sebagai makhluk. Dulu masa sekolah rendah ustaz cakap kalau jalan berhampiran kubur, disunatkan kita memberi salam. Insha Allah nanti bila kita mati nanti akan ada makhluk yang akan memberi salam untuk kita. Benda baik selagi tak memudaratkan diri dan orang lain apa salahnya kita buat. Tak mahal pun. FOC

Mereka ni kawan aku dan Insha Allah sahabat yang menyenangkan aku dunia akhirat. 24 Tahun hidup aku dah jumpa macam jenis peel manusia yang mana nama kawan ni. Sakit je hati bila pikir kawan yang kita percaya rupanya lawan kita dalam diam. Tapi mereka ni baik dan kawan sejati aku dunia akhirat. Berani sakitkan hati bebudak dekat bawah ni. Kalau nak rasa lesung batu kenduri buat laaaaaa!!

1) Fairuz Hayati binti Abu Bakar

Fairuz Hayati @ Rizha Cuma


Hai Yuz. u might be suprises since u're first. Trust me! Hahaha. Aku pun tak sangka macam mana boleh kawan baik dengan dia. Kalau ikutkan kronologi, aku kenal dia kira first sight masa aku umur 8 Tahun. Padahal masa Darjah 1 lalu sebelah pun uat dono je. kemon la budak kot tapi kan sebab dia ni anak cikgu, femes woit. Zaman aku dulu kalau anak cikgu mesti femes de' amorrr. Zaman sekarang aku tak tau la pula. Satu kelebihan aku dari kecil sampai sekarang, aku jenis manusia yang cepat ingat. Aku ingat dulu masa kecik kulit dia 'tank' sikit tapi sekarang melopong la kau. Segak kot. Kulit putih kalah aku tuh. lullsss.


" Buat pose ayu tau..OK 1..2..3..klik!" lahaiii muka sememeh semua. Rod, Yuz, Panda.

Zaman aku dulu femes snap picture dalam toilet. Kau adooo?



5 Gemilang. Yuz, Safiah, Adiela, Rod, Izatul



Raya 2015. Yuz, Adiela, Panda lagi.

Aku tak kenal sangat pun dengan dia ni masa kecik. Kira kenal gitu-gitu je sebab lepas Darjah 3 dia pindah sekolah. Masa aku form 4 baru dia pindah dan sekelas dengan aku balik. Masa tu baru kamceng. Honestly dia seorang budak pandai. Ex-SAINA katakan. HEHE. Part paling aku tak boleh lupa masa parents dia tunai Haji. Sampai sekarang aku simpan rahsia kita macam mana hang boleh pakai simen tu. Hahaha. sumpah lawak. Punya la plan macam-macam sekali dia kena pakai simen. Itu la orang dah pesan kalau nak buat sesuatu tu niat kena baik baru lancar, Ini niat tak baik yang jadi cenggini.



Basically, kitaorang dah jarang contact. Yela masing-masing ada komitmen sekarang. Tapi tak pernah pun lupa cuma yela bila jarang jumpa nak ajak jumpa balik tu awkward sikit la. Kalau suruh aku senaraikan jenis kategori kawan yang aku ada. Dia ni top dengan love story. Ramai yang minat ni. Bertuah sapa yang dapat dia sebab dia jenis kalau sayang orang tu dia akan sayang sungguh tapi.. kalau buat dia sakit hati go to hell la kau. Garang. Dulu kami berempat Aku, Yuz, Adiela, Rod. Tapi *banyak pula tapi sekarang masing-masing sibuk. Setahun sekali nak cukup korum pun belum tentu boleh. Selalu berdua atau bertiga. Rod dah lama menyepikan diri. Sibuk agaknya. :(


2) Umi Sarah binti Mohd Faudzi

Umi Sarah


Aku kenal Umi masa aku dekat UiTM Merbok. Diploma in Accountancy. Sumpah kalau orang jumpa dia akan cakap dia ni sombong. Muka kelat masam limau sunkuiit. Tanya seploh patah balas sepatah je. *hangin aku. Lama-lama kenal tu baru tau perangai dia.Ooooo cenggini rupanya dia. Kalau aku ada abang sekarang juga aku bawak rombongan pergi pinang. Mak aku pun sayang dia. Mana tak sayang. Lemah lembut je bila cakap. Rapat tak rapat aku dengan dia ni orang cakap 'kembar' juga la sebab pergi mana-mana pun kalau ada aku mesti ada dia, kalau ada dia kompom la ada aku kan. Kalau orang cari dia mesti orang cari aku sekali. :)
Dia la teman serumah sebilik sekatil. sekatil?? yela masa rumah sewa diploma bilik kami katil queen. sekatil la kan.


Housemate. Mira, Wawa, Umi, Anis(takde dlm gambar)




Konvokesyen Mei 2015
Masa sambung degree pun sebilik. Nampak tak dia punya kuat tak kuat jodoh aku dengan dia sampaikan style masuk degree pun senasib. Last minit tawaran. Lama tak lama, lama juga aku berkelana dengan dia ni. Tambah tolak bagai ada la nak dekat 6 tahun. Lama gilakkkk
Dia ni version mak-mak sikit. Aku sempahkan barang dia yang tolong kemas. aku malas sapu lantai dia tolong sapukan. Tapi kan.. ada tapi pulakkk.. dia ni jenis susah terjaga! hahaha. Selalu kalau aku set alarm aku yang bangun opcoss la aku kan. Kalau dia set alarm yang bangunnya pun aku juga. sob..sob.. mungkin aku ni memang ditakdirkan tidur-tidur ayam je kot. Kalau dah lambat sangat memang tak pergi kelas la dia sebab nak mandi dah setengah jam. Nak bersiap setengah jam dah sejam. Macam aku rilek je. Dia mandi bersiap dulu tapi aku yang first bertenggek atas moto.




Nampak je dia lembut tapi kalau marah. Garang siot. Aku pernah dengar conversation dia dengan adik dia. Menikus aku tarik selimut buat-buat tido. Lepas tu bangun la kekonon tak dengar. Nak ajak makan pun seram je takut kena tempias. Bagi aku dia seorang anak dan kakak yang sangat bertanggungjawab. Caring. Cepat gelabah. Dia paling risau kalau esok nak exam tapi study haram apa tak ingat. Selalu juga aku terjaga lewat malam dia dekat meja study. Sumpah aku ni jenis kuat tido. Ada gap kelas je aku balik rumah tido. Bagi aku tidur lebih penting dari makan. Contra dengan Umi. Selalu dia makan dulu, aku dah lama lentok. Dia study aku lentok. Dia lentok aku double melentok.


Terima kasih Umi sebab ada selalu susah senang kita. Aku pun tak sangka lepas diploma tu dapat sama dengan dia lagi masa degree. Sekarang masing-masing dah besar. Ada juga aku jumpa dia lepas habis belajar tapi jarang sangat la. Dia sibuk aku sibuk. Tapi nanti kompem kalau dia kahwin aku available. Teheeeee.. aku pergi belah laki senang. Dekat sikit. Aku doakan dia berjaya dunia akhirat. Insha Allah.
Love u dear

3) The Twin's KEPAM

Pini Sarapova dan Moon Mengambang.. HAHA

Sumpah kalau 'Kembar' ni baca masak aku kena dengan diorang. Sudah la dedua sihat belaka. Jahanam aku. Sebenarnya diorang ni kembar lain mak lain apak. Aku suka cakap diorang kembar sebab perangai dedua pembuli dan dedua sama saiz . Jahanam lagi aku. Dengan diorang memang cakap hard to died punya. Sapa yang tak tahan makian tu memang terasa habis. Tapi kalau dengan diorang kutuk makian semua ni masuk telinga kanan keluar kiri. Balik rumah tidur berpelukan juga.


Noor Syafini

Aku kenal Sapini @ Pini masa degree. Actually aku takde la nak kata rapat tu rapat gegila. Salam belaga pipi semua tu. takde takde. Entah macam mana aku boleh rapat pun aku tak tau. Aku rasa aku boleh TERapat dengan dia lepas habis belajar. Mungkin sebab rumah dia dekat dengan rumah sewa aku sekarang dan dia  saja kawan degree aku yang terdekat. Dia ni pandai masak. Kalau dulu masa belajar kau cakap je nak makan apa. Dia masak kompem sedap. Love story dia aku tak tau sangat sebab dia ni jenis pendiam walaupun susah nak tengok dia diam.




Siti Munirah

Si Moon mengembang. opsss..silap pulak. Moon mengambang ni actually senior aku masa degree. Senior sebaya. Aku kenal dia dalam projek masa dekat U. Masing-masing jadi AJK. Dari situ aku yang tak rapat dengan dia pun boleh terapat. Dia ni senang 'masuk'. Dengan orang yang sama 'gila' dengan dia jela. Dengan orang pendiam dia sesama jadi diam. Masa dia kurus dulu sumpah meleleh air liur wa cakap luuu.. tambah kalau pakai baju kebaya..Pengsan omak. Sekarang? sekarang pun cantik.


Sebahagian hobi Ms Sarapova dan Moon Mengambang

Pini dan Nisah *Nisah ni pun rapat gilakkk


Master 2015


hai Mira. Bila nak bawa naik kereta baru? :)


p/s: Ramai lagi yang takde dalam list ni. Kalau boleh semua aku nak letak. Tapi malas aku tu dah tahap kronik. Kira bernasib baik juga la aku dapat selesaikan entry ni. Yang takde tu jangan kecewa. Kalian tetap dalam hatiku.Hahah. feeling konon Senah ni.
















Shushi King

Assalamualaikum

Sekian lama menyepi tetiba muncul, cakap pasal makanan pula tu. Macam tak cayaaaa jee. Jangan risau hampa tak silap orang. Masih orang yang sama cuma dah kertu sebab dulu fefeeling muda remaja. Sedar tak sedar dah nak masuk 25 tahun. Dah masuk kategori harus nikah dah ni. Hihihi.

Last weekend lepas habis kursus dekat Sungai Petani. Aku pergi Amanjaya Mall. Sumpah tak tipu lama dah tak datang situ. Padahal dulu situ la tempat lepak tempat buang duit tempat 'berlakon' siapkan assingment. Kalau tanya student Uitm Merbok confirm penah pergi situ. Kalau tak pernah tu cepat-cepat pergi buat medical checkup. Tak banyak sangat yang menarik dekat situ tapi ok la untuk sekali sekala pergi. Selalu pergi tu bosan juga sebab tak banyak sangat shoplot dan tempat makan pun tak banyak choice.

Macam aku pergi haritu pun jenuh pikir nak makan apa. Sempat la tawaf mall last-last pilih Shushi King. Shushi King ni dekat Ground Floor betoi-betoi sebelah Old Town White Coffee. Drama juga la nak makan pun. Macam-macam timbul bila kawan decide makan dekat situ sebab ni first time aku jejakan kaki dalam tu. Nak kata tak pernah makan, pernah tapi tak pernah try lagi product Shushi King. Selalu aku take away je. Melantak dekat rumah is heaven sebab boleh buat aksi lasak makan dengan tangan. Melayu katakan. Bila dah diajak makan situ mula nak nak errrmmm.. boleh ke tekak melayu ni terima? macamana kalau terkena yang wasabi? Nak makan pakai apa nanti?



Memula je pikir macam tu. Lepas tengok menu dan makan satu cakap sedap. Ok la sebab masih lagi kena dengan tekak aku. Kalau korang pening tak tau nak pilih yang mana boleh je tanya. Macam aku ambil 2 Set nasi. Lupa nama. Sumpah nasi tu sedap, rasa macam nasi ayam merah. Haha. Yang satu lagi tu nasi+ ayam goreng tepung+ kacang panjang goreng tepung. Rasa ayam dia macam pelik sikit. Yang bestnya tepung tu je sebab crunchy.


Lupa nama. so far rasa ok la. Kawan aku cakap macam rasa bimbimbap yang aku buat je.
memula aku ingatkan dia balut dengan cheese tapi bila makan takde pula rasa cheese. tipah tetipu

Ruang dapur. dont worry pekerja semua muslim. Inshaa Allah dijamin halal.


Lupa nama juga. Yang pasti atas tu sotong. Aku tak suka sangat. Sambal sotong mak aku lagi sedap.

Harga shushi ni ikut warna plate dia. korang boleh zoom dekat situ. Sorry blur sikit

Jemput Makan. Nasi ayam merah yang aku cerita tadi belah kanan atas. 
 Dalam banyak-banyak yang aku makan tu. Paling aku suka dan kena dengan selera aku. Shushi yang bentuk separuh bola (korang boleh tengok pic atas). Dalam dia letak telur rebus, bahagian luar tu crunchy sangat. Yang tu part aku paling suka. Yang dalam plate biru tu regular menu yang aku selalu sangat makan. Nak selamat kalau takut tekak tak boleh terima, Try yang tu dulu. Ni kawan aku la cakap masa aku memula makan shushi dulu sebab inti dia telur.


Air sekali dalam set. Green tea without sugar. Macam air rumpai laut tanpa gula

cepat buka mulut.Aaaaaaa

Kemain mentedarah. Free kan.



Masa aku pergi ni aku dapat 10% guna Tesco Card. Kalau nak lagi murah pergi hari weekdays dapat 20% tapi dari jam 3 p.m until 6 p.m. Aku lewat 15 minit kalau tak dapat dah 20% tu. Total makan haritu 3*.** something. Ok la. Tetiba lapar telur separuh tu pula. Nanti la nak ajak akak-akak aku pergi lagi. Kali ni tak jakun dah kalau pergi sebab dah pandai nak pilih menu. Hehehe.

Tuesday, April 28, 2015

Tips Latihan Industri (Praktikal)

Salam 6% :p

GST woiiitt *ohhh..plisss don't remind me. bullshit
dah.dah..bukan nak cerita pasal GST. not entertain langsung ok.
lama dah nak taip pasal latihan industri a.k.a praktikal
dulu masa degree, last sem (semester 6) semua wajib jalani latihan industri. jadi bila kau di sem 5. kau dah wajib. WAJIB ye. bukan sunat bukan harus. kau wajib carikan tempat untuk kau jalani latihan industri. jangan nanti orang lain dah dapat tempat kau je melopong sebab tak dapat tamatkan pengajian.



macam aku dulu. aku hanya apply 6 tempat *if not mistaken
6 jepon..bukan banyak pun :)



1) LHDN (Cyberjaya)
2) KWSP (Jalan Raja Laut)
3) PNB (Ampang Park)
4) Petronas
5) lupa
6) lupa lagii *telan semut ke aku ni




first, apa yang perlu kau amik tindakan adalah rujuk lecturer tentang surat berkaitan (cnth: surat pengesahan pelajar,pemohonan praktikal, mini transkrip..etc) dan the most important is kau kena create resume yang keBOOOOM.. yang mana akan buat bakal majikan toleh 2 kali. padat,tepat,ringkas,berinformasi.



alhamdullilah aku ada akak yang sangat membantu. kira bab resume ni aku pejam mata dah sebab sejak umur aku 19 sampai sekarang aku dah attentd pelbagai iv untuk pelbagai jawatan. *syukur
second, lepas karang ayat pengasih CV tu. sila dapatkan contact number company yang kau berminat tu. sila dapatkan contact number Human Resources yer. SILA JANGAN ambil contact number yang umum tu sebab bakal menyusahkan diri nanti. di HR kau akan dapat complete information untuk company tu. dokumen apa, kekosongan dan pelbagai lagi. *TIPS: sebelum apply sila search company background dulu. dekat u  aku dah banyak kes pelajar kena buli dan macam-macam la peel dia. ni la punca utama aku nak create entry ni. dulu aku search pasal praktikal di LHDN hampeh tak banyak info pun yang ada.hurmm.. dan PNB mostly negative feedback je. dont judge a book by its cover. ini amaran keras tau sebab aku PNB's Practician :)


kau kena jadi manusia yang sangat peka dengan iklan2 contoh macam LHDN. pemohonan dia bukan 24 jam. hanya masa tertentu je dan kau kena peka dengan keperluan semasa company tu. macam dulu LHDN hanya tempatkan pelajar praktikal di sekitar KL DAN SELANGOR SHJ. jadi kalau kau mohon nak balik kampung di Kedah ke Kelantan ke..mimpi. pemohonan kau totally reject.. macam kawan aku dulu ramai juga yang buat mistake dekat sini. mohon tempat selain dua negeri tu dan memang kena reject. tapi alhamdullilah aku dapat.. feedback pertama aku dapat dari KWSP.aku kena tolak :'( mau meraung sebab yang first dah kena tolak. risau yang lain kena tolak juga..sob..sob..


niat aku nak buat praktikal dekat LHDN. tapi aku dapat dekat HQ di cyberjaya :( * jauh. tambah lagi aku dapat unit yang memang aku minat (audit dalaman). Petronas tu memang aku tolak sebab aku dapat di Kerteh *betul ke tak ejaan aku tu
PNB? yang ni yang aku nak story.first call aku dapat tu aku dalam kelas. bila terpilih tu hati macam bunga kembang setaman. berbunga-bunga tapi layu bila yang disana tu macam kerek. kau campak adab kau kat mana wahai akak! second call pun macam tu juga. tak silap aku nama dia Fiza or something za macam tu la. third aku kol tu dapat dekat puan Dahlia . sangat sopan. orang HR, setelah ditimbang tara istikharah pun sudah. aku dengan berat hati TERPAKSA tolak LHDN. kau tau dalam u aku time tu xde sesapa pernah dapat jalani latihan industri di LHDN. jadi bila aku orang pertama yang dapat gila tak loncat. sukaaaaaa..tu dulu, sekarang aku bersyukur sangat aku pilih PNB.


yang ni untuk bakal PNB's practician. mulanya aku pergi lapor diri dengan segalanya negative. makan mesti tak sedap! negative. dah la kena tengah Bandar, jem pulak tu! negative. dengar kata orang sana kurang ajar. dengar jela betul tidak tu entah. negative lagiii! tu baru sikit, banyak lagi yang aku pikir negative.
ofis aku dekat floor 34. gila hari-hari usha isetan je*blink..blink..
mungkin apa yang ditulis blogger lain tu betul, lain department lain suasana. alhamdullilah aku dapat pratikal dekat puncak tu. tak pe. puncak pun bukan aku kena mendaki hari-hari. bos, supervisor, akak2, abang2 sume baik. baik sangat. *rindu...


bahagia..sebab aku dapat belajar banyak benda. sebulan sebelum nak habiskan praktikal tu aku dah kira otai la. buat keja pun dah cekap. dah tak takut nak angkat fon bila trustee col. minum? jangan risau. PNB sediakan tea lady untuk kau. sehari 2x kau akan dapat service air percuma. order je then dapat, contoh kau cakap pagi2 kau nak milo petang nescafe. esok pagi kau datang ofis, milo siap atas meja. best kan :))

elaun? elaun dia not bad la sebab aku boleh hidup je lagi dengan rm500 yang company bagi. aku tak kisah sangat dengan elaun.yang penting ilmu yang aku dapat dekat sana...
terima kasih buat warga PNB. terutama CEO Amanah Mutual Berhad (Puan Shiela Halim)
Amanah Mutual Berhad team especially account department. puan ahirah, en ezzudean, kak ety, kak rod, kak sani, kak ati, kak zu, kak mun, kak *lupa..maap, en shah, en syuk (ex-pnb), yoe. terima kasih atas ilmu yang dikongsi and thanks for present. cantik sangat.


sedih..aku dapat offer dari midf (fully subsidiary by pnb) but I have to reject since aku dah accept offer lain. :"(



<3 :="" nbsp="" p="">
nota kaki: ada yang berminat? nasihat aku sila pilih company yang related dengan kos kau. jangan kau account minta di marketing company.





Friday, March 14, 2014

government hospital is bad? reality or mentality?

semua sedia maklum aku dan family baru je kehilangan arwah abang rizal. pada yang tak tau tu sekarang boleh tahu. aku bukan nak cerita kronology pemergian arwah sebab aku sendiri pun trauma dengan apa yang jadi. bila orang sekeliling tanya apa jadi. bila. bagaimana. semua tu memerlukan kekuatan yang mana sekarang aku baru nak pulih. maybe in future kalau aku ada masa memang aku nak create entry tentang tu. kenangan supaya kelak aku takkan lupa apa yang berlaku.

arwah dimasukkan ke icu di sebuah hospital kerajaan di utara tanah air. apa yang aku nak cakap ialah tahap service yang diperuntukan oleh pihak hospital. aku bukan nak burukkan hospital kerajaan but its reality. mungkin sebelum ni bila orang cakap perkara buruk pasal gov hospital ni aku boleh cakap mentality problem. sekarang nope! mentality kita dah set GOVERNMENT HOSPITAL IS BAD. aku tak salahkan akal yang berfikiran macam ni. dulu mungkin. sekarang aku sokong 110%. mungkin tak semua hospital  tapi disebabkan yang sedikit tu la habis susu sebelanga. bila kerajaan nak overcome problem ni.hurrrrrmmmmm

arwah ditempatkan di unit kecemasan dalam tempoh kiraan aku satu jangka masa yang panjang. semua family dah dimaklumkan masa ni. lama..sangat lama. aku sampai merempat tepi longkang sebab aircond bilik menunggu tu sejuk yahamat. doc keluar cakap dorang tunggu pakar bius dan kepala. tunggu lagi. time ni dah nak dekat pukul 12. berjam jugak dekat unit kecemasan. sabar. bila second time doc keluar. dia cakap darah dah penuh di bahagian kepala dan berserah. part berserah tu aku dah boleh paham. doc cakap ahli keluarga boleh masuk untuk tengok. aku tak masuk sebab aku tak berani.

lepas berjam  dalam unit kecemasan, arwah dibawa ke ICU. doc cakap operation can be occur if the patient give a respond. aku paham. doc mana yang nak ambil risiko jika dorang dah tau risiko yang bakal diorang hadapi. pemedahan mungkin boleh tapi mungkin patient akan mati masa pemedahan.. masa ditempatkan di ICU. aku ingat bilik ICU macam digebang dalam drama dekat tv. gila semua tu dusta belaka. first aku masuk aku terpikir betul ke ICU ni, ke aku salah masuk. ini wad biasa ke ICU. banyak gila patient dalam tu dan tiada hadang apa apa. kira open semua. kau boleh tengok jiran sebelah nak mati. macam tu la kira. then aku start pikir. aku rasa arwah dah layak untuk dapat bilik sendiri which is more privacy. dia penderma darah dan ayah arwah penjawat awam. padahal ada je bilik time tu.

biasa la bila nak masuk melawat harus la pada waktu melawat. tapiiii doc sudah bagi pengecualiaan. ahli keluarga boleh masuk bila masa dan kamu boleh baca yasin. doc cina kot! dia pun faham. yang gila bangang melayu dan islam. aku tak paham akal dekat mana. bila nak masuk melawat tu korang akan ada 3 check point. setiap satu dijaga oleh duty guard. first dekat lobi hospital. awal tu tengang jugak sebab doc dah bagi kebenaran tapi guard tidak. last doc sendiri turun dan cakap. syukur. second lepas. third ni susah yahamat. aku kalau guard perempuan jaga memang rasa macam nak bagi penumbuk je. laki jugak yang paham..

kami dibenarkan melawat sehingga pukul 12. tapi masuk hari ke 3 timbalan pengarah hospital xxxxx dah bagi pengecualian. kami boleh masuk dan baca yassin sepanjang masa. guard kira time tu sebut nama je ok on. ada satu malam tu mak dan adik arwah masuk baca yassin. tengah baca tetiba nurse datang cakap " makcik boleh cepat sikit tak baca, waktu melawat sampai pukul 12 je kan". errrrkkk.. nak tukar yahudi la tu. macam nak maki je. tersentap hati ibu tua. anak tengah nazak tapi kau tak boleh bacakan yassin dan teman dia. apa korang rasa. sedih,marah,geram semua ada. nurse tu islam pada nama je ke. tidak pun dia seorang nurse yang pekak dan tidak paham arahan pihak atasan. kitaorang time ni ikut je apa yang nurse tu cakap. melawan tidak sebab takut diapa apakan arwah. keesokannya, awal pagi kak aku masuk untuk tengok arwah. arwah berpeluh sangat macam baru balik jog. ada luka dalaman sebab hentakan saluran wayar dekat mulut. mungkin ditekan dengan kuat. doc akan hentak wayar yang dekat mulut tu untuk tengok respon pesakit. tapiii tak kan sampai berdarah macam tu sekali. Ya Allah..

last decide nak bawa balik kampung. redha. dah tak tahan tengok arwah diperlaku sebegitu. pihak hospital seperti melengah-lengahkan.kenapa? arwah diklasifikasikan sebagai mati otak which is otak sahaja yang tidak berfungsi. organ badan still 'hidup'. pihak hospital nakkan organ sampai sanggup bagi talk dan broucher dekat family. paling lahanat time ni la cakap 'kami boleh bagi bilik dekat pesakit'. kenapa sekarang? kenapa tidak 3 hari lepas.astaga.. ini ke service hospital. macam pergi satu hospital yang mana penghuninya adalah manusia tidak berhati perut. patung ke manusia.paling aku tak boleh lupa sampai sekarang ialah hari last sebelum arwah dibawa pulang. aku dengan angah nak masuk tengok. macam biasa bila nak masuk kena cakap dan tulis nama. bila aku sebut nama pesakit guard melayu islam wanita boleh cakap " ohhh yang nak mati tu ke". terkelu. sedih plus plus.aku ingat sampai sekarang muka manusia yang cakap tu. apa kau manusia tiada hati perut. Ya Allah..

cukup la setakat ni aku cerita. aku dah tak sanggup. macam terbayang je apa yang berlaku. fobia. fobia dengan hospital kerajaan. bila la kerajaan nak lahirkan staff yang berkualiti. bukan hanya pandai dari segi sains tapi adab dan cara mengatasi keluarga pesakit. aku paham. kerja nurse penat. tapi itu tanggungjawab kau. gaji kau dibayar untuk itu. kau ada nak bagi anak bini makan duit haram. kerja tapi tak kerja. so sesiapa yang berhasrat nak ke hospital kerajaan aku tak halang. tak semua sediakan service buruk tapi itu la apa yang aku dan keluarga alami. sekarang terjawab sudah. reality yang melahirkan mentality.