Monday, May 23, 2011

istikharah pembuka jalan

assalamualaikum..


mimpi? betul ke selepas kita menunaikan solat istikharah kita bakal didatangi mimpi? boleh percaya ke mimpi tu? bukan mimpi mainan tidur dan semua tu kerja satan ke?

mimpi..ye mimpi yang membuat hati saya terdetik untuk saya menaip entry ni. banyak perkara buat saya pikir tentang mimpi tersebut. bukan sekali malah dah habis angka jari ni nak dibilang. abaikan mimpi mengenai ular tu. saya mimpi ular? wah..orang selalu cakap kalau mimpikan ular atau lebih tepat dipatuk ular ada orang masuk meminang. tapi dalam kes saya lain. saya alami mimpi tersebut lebih kurang sebulan lepas.(selama sebulan) mimpi yang berlainan versi tapi ular yang sama dan tempat yang sama! pelik? sangat pelik. sampaikan saya takut nak pejamkan mata. takut mimpi lagi benda yang sama.memang saya tak pernah nak rasa nikmat tidur lena.

normal la kalau mimpikan ular but dalam kes saya lain. apa yang saya nak kongsi dekat sini. buangkan andaian bahawa mimpikan ular bermakna kita bakal dirisik. memang tapi tak semua sebab kalau mimpi yang berkait rapat dengan haiwan yang berbisa contohnya ular,kala jengking dll ini bermakna ada orang ingin menghantar 'benda' kepada anda, sihir atau ada ' benda' ingin berdamping dengan anda atau saka.( mula seram pagi-pagi buta cakap pasal ni) dan kadang2 dalam mimpi kita boleh terima 'benda' tersebut kita sebagai tuan. seram kan.

saya pun dah lupa nama surah yang saya amalkan masa tu. saya dapat nasihat dari seorang hamba Allah ni supaya amalkan surah ni sebelum tidur dan alhamdullilah mimpi tu makin lama makin hilang. jadi sentiasa la berjaga-jaga. jangan pakai main tidur je. kena juga ada adab untuk tidur. basuh kaki sebelum tidur!

cerita ni cuma sebagai pemanis entry ni je.mukadimah. tapi apa yang saya ceritakan perkara benar yang saya alami sendiri. bukanlah untuk menghebohkan perkara ni tapi sebagai ilmu yang saya ingin kongsikan. tak semua orang sedia maklum tentang hal ni. saya sendiri before ni tak tau langsung benda2 macam ni. tapi bila dapat tau je meremang segala bulu roma. alahai pakai tak tidur la malam ni.

istikharah?

"istikharah adalah kepercayaan, keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah,itulah yang dimahukan dari istikharah."

memahami maksud istikharah adalah penting supaya kita tidak jauh dari landasan niat sebenar seperti yang kerap kali sekarang iaitu fitnah istikharah. kalau anda nak tau lebih sila klik sini.
istikharah bukanlah medium untuk kita melihat masa depan kita tapi medium antara kita dengan Allah dimana kita berserah dan meminta petunjuk-Nya atas setiap perkara yang kita lakukan.

tidak perlu menunggu mimpi selepas istikharah!


"Ada yang memahami, bahawa dengan istikharah , maka jawapan paling tepat adalah melalui mimpi."

perkara ni salah. seperti yang saya tegaskan sebelum ni. memahami makna istikharah itu penting. istikharah merupakan penyerahan seorang hamba keatas setiap ketentuan tuannya. dan..dan istikharah dilakukan setelah usaha semaksimum mungkin terhadap perkara yang kita ingin lakukan. bukanlah mengamalkan istikharah bagi 'memaksa' Allah membuat pilihan bagi kita.

jika perkara tersebut boleh dicapai dek akal. perkara tersebut terang dan nyata perlu ke kita lakukan istikharah? dekat sini saya bagi contoh

" seorang wanita melakukan istikharah mengenai jodohnya sedangkan dia sudah bertunang. tetapi selepas dia melakukan istikharah dia mendapat mimpi. tapi lelaki yang muncul bukanlah tunangnya sekarang sebaliknya suami orang"

dekat sini kita boleh pikir sendiri. salah atau tidak merampas milik orang lain? betul ke tidak mimpi tersebut. penting ke mimpi tersebut bagi kita?pikir la sendiri. jawapan dia terang lagi nyata.

tapi kita kena ingat kemampuan akal ada batasnya. ia tidak boleh menjangkau perkara2 akan datang.ia mempunyai limit dan ini adalah kekurangan yang terdapat pada akal. Allah itu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. setiap yang kita lakukan Dia inginkan kita kembali kepada-Nya.

jadi dekat sini apa yang saya nak tekankan manusia seringkali menunaikan istikharah tetapi dalam kita tidak sedar, ilmu didada belum cukup sepenuhnya. solat menghubungkan kita dengan Pencipta. ye! sujud menghubungkan kita dengan Dia. tidak perlulah rasanya nak cari kawan atau teman meluahkan rasa. luahkan segalanya dalam sujud kerana segalanya datang dari Dia.



bukan saya mencegah anda dari melakukan solat istikharah. karang ada yang salah ertikan. tak pasai2 tambah saham dosa saya je. lakukan dengan niat yang betul! pertunjuknya bukanlah datang dalam rupa bentuk mimpi sahaja. kadang-kadang ia datang dalam bentuk iman di dada yang membenihkan keyakinan bagi kita membuat pilihan.

buatlah pilihan terlebih dahulu dan terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah. saat itu mintalah kepada Allah Taala semoga pilihan tersebut tepat dan terbaik yang dapat memberi kebaikan kepada kita dunia dan akhirat kelak.

p/s: setakat ni je ilmu yang saya ada dan semuanya saya dah sampaikan. buatlah research kalau nak tau lebih lagi ;p

No comments:

Post a Comment