"sarapan adalah waktu makan paling penting sekali"
selalu dengar ayat ni? selalu kan. selalu juga buat tak endah. kalau tak kat tb mesti mak cakap. cikgu sekolah pot pet sebab masuk kelas tak sampai pukul 9 dah mandom semua. macam saya dulu. cikgu masuk je, tak sempat panas bontot lagi semua dah pakat rukuk. terus kena label
beku,lesu, kaku. tapi yang kaku beku ni juga
harumkan nama sekolah taaaaauu..
tak payah saya tekankan kepentingan sarapan atau nama glemer breakfast sebab semua orang dah sedia maklum namun dek kerana gaya hidup moden sekarang yang membuatkan 24 jam tu rasa cepat sangat. agaknya kena tambah jadi 30 jam kot kan kan.. sibuk sangat sampai kita selalu skip sarapan. tak pe pujuk diri sampai sekolah/office nanti sarapan la. tapi dasar tak sedar diri,untuk sampai sekolah ambil masa 15minit. bertolak pun 7.30. elok sampai pintu pagar sekolah, loceng bunyi lepas tu perut pun ikut bunyi.hamik kau bangun lewat
merana la nak tunggu rehat. skip lagi sarapan. nak cakap sebab tak sarapan ni banyak sangat sampai tak terkira alasan untuk skip sarapan ni kalau cikgu tanya dulu. antaranya:
- saya lewat bangun tidur laaaa cikgu. tak sempat sarapan.
bangun lewat? tak subuh yeeeee..kena
buuu sekali dengan budak kelas. lepas tu pulun laa cover cakap
saya tidur lepas subuh tadi. eleh..alasan .zaman sekarang alasan ni dah tak boleh diguna pakai tau cikgu/lect/bos sekalian. kedai serbaneka sekarang dah belambak. bersepah sampai tak terkira dengan kuku kaki tangan. dah ondaway nak pergi office/sekolah/uni tu singgah la kejap beli roti ke buah ke. kalau dapat buah pisang sebagai sarapan pagi pun dah okey sebab pisang mampu memberikan tenaga yang mencukupi. tapi kena ingat la jangan makan macam sebulan tak jumpa makanan. tiada salahnya kalau nak prepare sarapan pada malam sebelumnya untuk elak situasi ni dari berlaku.
- malas bangun pagi atau nak jimatkan duit. saya akan sarapan waktu makan tengahari dan we call it as 'BRUNCH'
hahaha..ini kelakor. macam kena batang hidung sendiri je.
budak IPT mesti selalu buat ni. benda biasa la kan. malam stayup lepas tu bangun pun matahari atas kepala dah. yang sebenarnya perkara ni tak sepatutnya kita buat.
adesh..terasa.
Brunch ni mendorong kita untuk makan lebih banyak untuk menggantikan sarapan yang kita skip tadi dengan cara
gabungkan sarapan+ lunch. lepas makan tido. lepas tu pakat jemaah ternak lemak. tarrrraaaa.. lahirlah sorang lagi rakyat obesiti.
- saya abaikan sarapan sebab nak turunkan berat badan
nak kurus tapi skip sarapan.
terbaik! kajian telah menunjukkan
berat badan orang yang skip sarapan lebih mudah naik berbanding dengan mereka yang bersarapan. skip sarapan pagi akan menyebabkan kadar metabolisma badan berkurangan dan jejaskan pembakaran kalori. selalunya golongan ni akan makan dalam keadaan luar biasa pada waktu makan seterusnya contohnya makan macam orang bela saka..
eeeewww..seram. untuk sesiapa yang nak turunkan berat badan tu sila la kekalkan tabiat sarapan tapi sesekali tu tukar la menu.
hari hari bagi roti pun naik muak weeeii :(
- sarapan buat saya menggantuk.
perkara ni auta je sebab kanak kanak yang ambil sarapan contohnya macam saya ni
*aceceeee puji diri sendiri selalunya aktif berbanding dengan mereka yang tidak. fakta tau! isu mengantuk sebab ambil sarapan tu kerana we all malaysian ni sarapannya nasi lemak, roti canai kuah lebih nasi goreng mee goreng mamak.. memang mangantuk disorong bantal laaa.
adoi..kena lagi. itu sebab beku lesu kaku je pergi sekolah dulu kan.
"kerana diriku begitu berharga" dan disebabkan ada kelapang masa yang amat sangat. rajin la pulak diri ni google menu sarapan. bukan nak turunkan berat badan. tapi saja nak try amalkan diet seimbang. badan dah 22 tahun ni rasa lain la pula. sakit sana sakit sini. macam kereta tak pernah kena servis je. tak nak la nanti rasa jadi nenek anak sendiri bila ngatar dia pergi sekolah. bila cikgu tanya
"ni nenek sekian sekian ke?".. sudahhh..rasa macam kena panah petir je.
terbakorrr..tidak tidak..so kena la jaga dari sekarang.
semua orang dah sedia maklum khasiat oat kan. selalu sangat tengok amy mastura dok pot pet pot pet dekat tb tu.tapi buat tak endah je. bukan apa. tengok dekat tb macam sedap. siap ada strawberry, blueberry, berbbrryy. tapi bila buat
jauh panggang dari api tak sedap weyh..penipu! tak sedap pun.
*hentak kaki tak puas hati. oat ni salah satu makanan nabi dulu.
selain oat, kita boleh tukar pada makan roti bakar atau roti gandum juga. makan la nak makan dengan apa pun. ikut tekak masing masing la. karang keluar fatwa
"awak kalau makan roti WAJIB dengan mentega kacang!". tersembul bijik mata karang orang alah mentega kacang. tak merasa la hidup kau merasa kenikmatan roti.
tettttt..tapi
mentega kacang cara terbaik untuk dapatkan protein dan serat.
selain sayur,buah buahan adalah makanan yang paling baik. memang la sayur adalah terbaik tapi agak agak la nak gigit sawi pepagi buta sambil galas beg 3 tan pegi sekolah.
sawan namanya tu. sarapan ni selalunya kita masih dalam keadaan mamai jadi selera tu kurang sikit. kira macam sahur la. bangun je terus mak paksa makan nasi. kunyah pun mata terpejam lagi. jadi apa kata makan buah dengan yogurt.
sedap. tekak saya la. orang lain tak tau.
dulu selalu juga buat.
telur separuh masak taruk kicap. huh..nikmat! tapi nikmat tu tak panjang. ayah marah. takut anak dia jadi anak ayam daging sebab telur tinggi dengan kolestrol. tapi telur turut sumbangkan protein yang cukup untuk tubah badan manusia seharian. sekali sekala boleh la.
masa google tu kelip mata 2 3 kali. betul ke? macam tak caya je.kalau macam ni kena cakap kat mak. boleh minum hari hari.
sedapnyaaa..kira sarapan dengan smoothie satu trend baru. biasanya nak buat smoothie ni gunakan buah buahan segar macam strawberry,beri,pisang,mangga yang dikisar dengan yogurt. boleh tambah coklat kalau suka.
*meleleh air liur. kat rumah ada pisang. macam boleh tercapai je saya sarapan dengan smoothie esok.
sengih sensorang. tapi selalu kalau sendiri buat mesti tak sedap macam kedai buat. kenapa yerrr? ada petua ke? padahal ikut cara sama je. aneh ni.
skip sarapan ni boleh bawak kesan kepada kita. contohnya mudah kena serangan penyakit gastrik, kanser usus,kanser perut. saya pun golongan tu sedar pun diri. dah banyak tahun merana gastrik ni. teruk tak teruk sangat la tapi pernah la merasa tidur dalam jamban dan parking lot dekat rumah sewa dulu.
sebab rasa insaf la kot tetiba post entry ni. adik adik mana masih muda tu jaga makan,
sarapan dulu sebelum pergi sekolah tu. nanti tak pasal kena label beku lesu kaku. gneeeengeeee..