Friday, March 14, 2014

government hospital is bad? reality or mentality?

semua sedia maklum aku dan family baru je kehilangan arwah abang rizal. pada yang tak tau tu sekarang boleh tahu. aku bukan nak cerita kronology pemergian arwah sebab aku sendiri pun trauma dengan apa yang jadi. bila orang sekeliling tanya apa jadi. bila. bagaimana. semua tu memerlukan kekuatan yang mana sekarang aku baru nak pulih. maybe in future kalau aku ada masa memang aku nak create entry tentang tu. kenangan supaya kelak aku takkan lupa apa yang berlaku.

arwah dimasukkan ke icu di sebuah hospital kerajaan di utara tanah air. apa yang aku nak cakap ialah tahap service yang diperuntukan oleh pihak hospital. aku bukan nak burukkan hospital kerajaan but its reality. mungkin sebelum ni bila orang cakap perkara buruk pasal gov hospital ni aku boleh cakap mentality problem. sekarang nope! mentality kita dah set GOVERNMENT HOSPITAL IS BAD. aku tak salahkan akal yang berfikiran macam ni. dulu mungkin. sekarang aku sokong 110%. mungkin tak semua hospital  tapi disebabkan yang sedikit tu la habis susu sebelanga. bila kerajaan nak overcome problem ni.hurrrrrmmmmm

arwah ditempatkan di unit kecemasan dalam tempoh kiraan aku satu jangka masa yang panjang. semua family dah dimaklumkan masa ni. lama..sangat lama. aku sampai merempat tepi longkang sebab aircond bilik menunggu tu sejuk yahamat. doc keluar cakap dorang tunggu pakar bius dan kepala. tunggu lagi. time ni dah nak dekat pukul 12. berjam jugak dekat unit kecemasan. sabar. bila second time doc keluar. dia cakap darah dah penuh di bahagian kepala dan berserah. part berserah tu aku dah boleh paham. doc cakap ahli keluarga boleh masuk untuk tengok. aku tak masuk sebab aku tak berani.

lepas berjam  dalam unit kecemasan, arwah dibawa ke ICU. doc cakap operation can be occur if the patient give a respond. aku paham. doc mana yang nak ambil risiko jika dorang dah tau risiko yang bakal diorang hadapi. pemedahan mungkin boleh tapi mungkin patient akan mati masa pemedahan.. masa ditempatkan di ICU. aku ingat bilik ICU macam digebang dalam drama dekat tv. gila semua tu dusta belaka. first aku masuk aku terpikir betul ke ICU ni, ke aku salah masuk. ini wad biasa ke ICU. banyak gila patient dalam tu dan tiada hadang apa apa. kira open semua. kau boleh tengok jiran sebelah nak mati. macam tu la kira. then aku start pikir. aku rasa arwah dah layak untuk dapat bilik sendiri which is more privacy. dia penderma darah dan ayah arwah penjawat awam. padahal ada je bilik time tu.

biasa la bila nak masuk melawat harus la pada waktu melawat. tapiiii doc sudah bagi pengecualiaan. ahli keluarga boleh masuk bila masa dan kamu boleh baca yasin. doc cina kot! dia pun faham. yang gila bangang melayu dan islam. aku tak paham akal dekat mana. bila nak masuk melawat tu korang akan ada 3 check point. setiap satu dijaga oleh duty guard. first dekat lobi hospital. awal tu tengang jugak sebab doc dah bagi kebenaran tapi guard tidak. last doc sendiri turun dan cakap. syukur. second lepas. third ni susah yahamat. aku kalau guard perempuan jaga memang rasa macam nak bagi penumbuk je. laki jugak yang paham..

kami dibenarkan melawat sehingga pukul 12. tapi masuk hari ke 3 timbalan pengarah hospital xxxxx dah bagi pengecualian. kami boleh masuk dan baca yassin sepanjang masa. guard kira time tu sebut nama je ok on. ada satu malam tu mak dan adik arwah masuk baca yassin. tengah baca tetiba nurse datang cakap " makcik boleh cepat sikit tak baca, waktu melawat sampai pukul 12 je kan". errrrkkk.. nak tukar yahudi la tu. macam nak maki je. tersentap hati ibu tua. anak tengah nazak tapi kau tak boleh bacakan yassin dan teman dia. apa korang rasa. sedih,marah,geram semua ada. nurse tu islam pada nama je ke. tidak pun dia seorang nurse yang pekak dan tidak paham arahan pihak atasan. kitaorang time ni ikut je apa yang nurse tu cakap. melawan tidak sebab takut diapa apakan arwah. keesokannya, awal pagi kak aku masuk untuk tengok arwah. arwah berpeluh sangat macam baru balik jog. ada luka dalaman sebab hentakan saluran wayar dekat mulut. mungkin ditekan dengan kuat. doc akan hentak wayar yang dekat mulut tu untuk tengok respon pesakit. tapiii tak kan sampai berdarah macam tu sekali. Ya Allah..

last decide nak bawa balik kampung. redha. dah tak tahan tengok arwah diperlaku sebegitu. pihak hospital seperti melengah-lengahkan.kenapa? arwah diklasifikasikan sebagai mati otak which is otak sahaja yang tidak berfungsi. organ badan still 'hidup'. pihak hospital nakkan organ sampai sanggup bagi talk dan broucher dekat family. paling lahanat time ni la cakap 'kami boleh bagi bilik dekat pesakit'. kenapa sekarang? kenapa tidak 3 hari lepas.astaga.. ini ke service hospital. macam pergi satu hospital yang mana penghuninya adalah manusia tidak berhati perut. patung ke manusia.paling aku tak boleh lupa sampai sekarang ialah hari last sebelum arwah dibawa pulang. aku dengan angah nak masuk tengok. macam biasa bila nak masuk kena cakap dan tulis nama. bila aku sebut nama pesakit guard melayu islam wanita boleh cakap " ohhh yang nak mati tu ke". terkelu. sedih plus plus.aku ingat sampai sekarang muka manusia yang cakap tu. apa kau manusia tiada hati perut. Ya Allah..

cukup la setakat ni aku cerita. aku dah tak sanggup. macam terbayang je apa yang berlaku. fobia. fobia dengan hospital kerajaan. bila la kerajaan nak lahirkan staff yang berkualiti. bukan hanya pandai dari segi sains tapi adab dan cara mengatasi keluarga pesakit. aku paham. kerja nurse penat. tapi itu tanggungjawab kau. gaji kau dibayar untuk itu. kau ada nak bagi anak bini makan duit haram. kerja tapi tak kerja. so sesiapa yang berhasrat nak ke hospital kerajaan aku tak halang. tak semua sediakan service buruk tapi itu la apa yang aku dan keluarga alami. sekarang terjawab sudah. reality yang melahirkan mentality.