Monday, November 16, 2015

Teman Baik a.k.a BFF

Assalamualaikum

Sapa dekat dunia ni tak ada kawan baik, BFF, Besties, teman sejati buat menemani perjuangan iniiiiiiiii..lalalaa. kelaut sudah. Entah la tetiba rasa rindu pula dekat kawan. Kalau nak ikutkan kawan baik tu ramai. Rasanya sume kawan aku baik. kan? kan? muahahaha.Tapi kalau nak cerita semua tujuh keturunan belum tentu habis. Dari kawan aku sekecik kuman sampai la sebesor peti ais dua pintu. Ramai sangaaaaaatttt. Tak boleh aku nak bayang aku hidup tanpa diorang semua. Rasa macam kari tanpa garam, jam tanpa bateri everyday. Tak Lengkap.

Kawan ni ramai. Dalam kalangan yang ramai tu belum tentu kita punya sahabat. trust me! Bila mana nama sahabat ni lain. Susah senang dia akan ada dengan kita dan tak akan 'tikam belakang' atau 'kawan makan kawan'. Dulu lain, kawan jauh setahun sekali baru boleh borak jumpa. Sekarang setahun tak jumpa pun tak jadi masalah i'm still up to date bout u okeeeeeh. Walau bukan hari-hari berhubung bagi aku cukup kalau kita ingat dengan selitkan doa selepas solat untuk kawan kita. Itu lebih baik lagipun perkara tu (doa) kewajipan kita sebagai makhluk. Dulu masa sekolah rendah ustaz cakap kalau jalan berhampiran kubur, disunatkan kita memberi salam. Insha Allah nanti bila kita mati nanti akan ada makhluk yang akan memberi salam untuk kita. Benda baik selagi tak memudaratkan diri dan orang lain apa salahnya kita buat. Tak mahal pun. FOC

Mereka ni kawan aku dan Insha Allah sahabat yang menyenangkan aku dunia akhirat. 24 Tahun hidup aku dah jumpa macam jenis peel manusia yang mana nama kawan ni. Sakit je hati bila pikir kawan yang kita percaya rupanya lawan kita dalam diam. Tapi mereka ni baik dan kawan sejati aku dunia akhirat. Berani sakitkan hati bebudak dekat bawah ni. Kalau nak rasa lesung batu kenduri buat laaaaaa!!

1) Fairuz Hayati binti Abu Bakar

Fairuz Hayati @ Rizha Cuma


Hai Yuz. u might be suprises since u're first. Trust me! Hahaha. Aku pun tak sangka macam mana boleh kawan baik dengan dia. Kalau ikutkan kronologi, aku kenal dia kira first sight masa aku umur 8 Tahun. Padahal masa Darjah 1 lalu sebelah pun uat dono je. kemon la budak kot tapi kan sebab dia ni anak cikgu, femes woit. Zaman aku dulu kalau anak cikgu mesti femes de' amorrr. Zaman sekarang aku tak tau la pula. Satu kelebihan aku dari kecil sampai sekarang, aku jenis manusia yang cepat ingat. Aku ingat dulu masa kecik kulit dia 'tank' sikit tapi sekarang melopong la kau. Segak kot. Kulit putih kalah aku tuh. lullsss.


" Buat pose ayu tau..OK 1..2..3..klik!" lahaiii muka sememeh semua. Rod, Yuz, Panda.

Zaman aku dulu femes snap picture dalam toilet. Kau adooo?



5 Gemilang. Yuz, Safiah, Adiela, Rod, Izatul



Raya 2015. Yuz, Adiela, Panda lagi.

Aku tak kenal sangat pun dengan dia ni masa kecik. Kira kenal gitu-gitu je sebab lepas Darjah 3 dia pindah sekolah. Masa aku form 4 baru dia pindah dan sekelas dengan aku balik. Masa tu baru kamceng. Honestly dia seorang budak pandai. Ex-SAINA katakan. HEHE. Part paling aku tak boleh lupa masa parents dia tunai Haji. Sampai sekarang aku simpan rahsia kita macam mana hang boleh pakai simen tu. Hahaha. sumpah lawak. Punya la plan macam-macam sekali dia kena pakai simen. Itu la orang dah pesan kalau nak buat sesuatu tu niat kena baik baru lancar, Ini niat tak baik yang jadi cenggini.



Basically, kitaorang dah jarang contact. Yela masing-masing ada komitmen sekarang. Tapi tak pernah pun lupa cuma yela bila jarang jumpa nak ajak jumpa balik tu awkward sikit la. Kalau suruh aku senaraikan jenis kategori kawan yang aku ada. Dia ni top dengan love story. Ramai yang minat ni. Bertuah sapa yang dapat dia sebab dia jenis kalau sayang orang tu dia akan sayang sungguh tapi.. kalau buat dia sakit hati go to hell la kau. Garang. Dulu kami berempat Aku, Yuz, Adiela, Rod. Tapi *banyak pula tapi sekarang masing-masing sibuk. Setahun sekali nak cukup korum pun belum tentu boleh. Selalu berdua atau bertiga. Rod dah lama menyepikan diri. Sibuk agaknya. :(


2) Umi Sarah binti Mohd Faudzi

Umi Sarah


Aku kenal Umi masa aku dekat UiTM Merbok. Diploma in Accountancy. Sumpah kalau orang jumpa dia akan cakap dia ni sombong. Muka kelat masam limau sunkuiit. Tanya seploh patah balas sepatah je. *hangin aku. Lama-lama kenal tu baru tau perangai dia.Ooooo cenggini rupanya dia. Kalau aku ada abang sekarang juga aku bawak rombongan pergi pinang. Mak aku pun sayang dia. Mana tak sayang. Lemah lembut je bila cakap. Rapat tak rapat aku dengan dia ni orang cakap 'kembar' juga la sebab pergi mana-mana pun kalau ada aku mesti ada dia, kalau ada dia kompom la ada aku kan. Kalau orang cari dia mesti orang cari aku sekali. :)
Dia la teman serumah sebilik sekatil. sekatil?? yela masa rumah sewa diploma bilik kami katil queen. sekatil la kan.


Housemate. Mira, Wawa, Umi, Anis(takde dlm gambar)




Konvokesyen Mei 2015
Masa sambung degree pun sebilik. Nampak tak dia punya kuat tak kuat jodoh aku dengan dia sampaikan style masuk degree pun senasib. Last minit tawaran. Lama tak lama, lama juga aku berkelana dengan dia ni. Tambah tolak bagai ada la nak dekat 6 tahun. Lama gilakkkk
Dia ni version mak-mak sikit. Aku sempahkan barang dia yang tolong kemas. aku malas sapu lantai dia tolong sapukan. Tapi kan.. ada tapi pulakkk.. dia ni jenis susah terjaga! hahaha. Selalu kalau aku set alarm aku yang bangun opcoss la aku kan. Kalau dia set alarm yang bangunnya pun aku juga. sob..sob.. mungkin aku ni memang ditakdirkan tidur-tidur ayam je kot. Kalau dah lambat sangat memang tak pergi kelas la dia sebab nak mandi dah setengah jam. Nak bersiap setengah jam dah sejam. Macam aku rilek je. Dia mandi bersiap dulu tapi aku yang first bertenggek atas moto.




Nampak je dia lembut tapi kalau marah. Garang siot. Aku pernah dengar conversation dia dengan adik dia. Menikus aku tarik selimut buat-buat tido. Lepas tu bangun la kekonon tak dengar. Nak ajak makan pun seram je takut kena tempias. Bagi aku dia seorang anak dan kakak yang sangat bertanggungjawab. Caring. Cepat gelabah. Dia paling risau kalau esok nak exam tapi study haram apa tak ingat. Selalu juga aku terjaga lewat malam dia dekat meja study. Sumpah aku ni jenis kuat tido. Ada gap kelas je aku balik rumah tido. Bagi aku tidur lebih penting dari makan. Contra dengan Umi. Selalu dia makan dulu, aku dah lama lentok. Dia study aku lentok. Dia lentok aku double melentok.


Terima kasih Umi sebab ada selalu susah senang kita. Aku pun tak sangka lepas diploma tu dapat sama dengan dia lagi masa degree. Sekarang masing-masing dah besar. Ada juga aku jumpa dia lepas habis belajar tapi jarang sangat la. Dia sibuk aku sibuk. Tapi nanti kompem kalau dia kahwin aku available. Teheeeee.. aku pergi belah laki senang. Dekat sikit. Aku doakan dia berjaya dunia akhirat. Insha Allah.
Love u dear

3) The Twin's KEPAM

Pini Sarapova dan Moon Mengambang.. HAHA

Sumpah kalau 'Kembar' ni baca masak aku kena dengan diorang. Sudah la dedua sihat belaka. Jahanam aku. Sebenarnya diorang ni kembar lain mak lain apak. Aku suka cakap diorang kembar sebab perangai dedua pembuli dan dedua sama saiz . Jahanam lagi aku. Dengan diorang memang cakap hard to died punya. Sapa yang tak tahan makian tu memang terasa habis. Tapi kalau dengan diorang kutuk makian semua ni masuk telinga kanan keluar kiri. Balik rumah tidur berpelukan juga.


Noor Syafini

Aku kenal Sapini @ Pini masa degree. Actually aku takde la nak kata rapat tu rapat gegila. Salam belaga pipi semua tu. takde takde. Entah macam mana aku boleh rapat pun aku tak tau. Aku rasa aku boleh TERapat dengan dia lepas habis belajar. Mungkin sebab rumah dia dekat dengan rumah sewa aku sekarang dan dia  saja kawan degree aku yang terdekat. Dia ni pandai masak. Kalau dulu masa belajar kau cakap je nak makan apa. Dia masak kompem sedap. Love story dia aku tak tau sangat sebab dia ni jenis pendiam walaupun susah nak tengok dia diam.




Siti Munirah

Si Moon mengembang. opsss..silap pulak. Moon mengambang ni actually senior aku masa degree. Senior sebaya. Aku kenal dia dalam projek masa dekat U. Masing-masing jadi AJK. Dari situ aku yang tak rapat dengan dia pun boleh terapat. Dia ni senang 'masuk'. Dengan orang yang sama 'gila' dengan dia jela. Dengan orang pendiam dia sesama jadi diam. Masa dia kurus dulu sumpah meleleh air liur wa cakap luuu.. tambah kalau pakai baju kebaya..Pengsan omak. Sekarang? sekarang pun cantik.


Sebahagian hobi Ms Sarapova dan Moon Mengambang

Pini dan Nisah *Nisah ni pun rapat gilakkk


Master 2015


hai Mira. Bila nak bawa naik kereta baru? :)


p/s: Ramai lagi yang takde dalam list ni. Kalau boleh semua aku nak letak. Tapi malas aku tu dah tahap kronik. Kira bernasib baik juga la aku dapat selesaikan entry ni. Yang takde tu jangan kecewa. Kalian tetap dalam hatiku.Hahah. feeling konon Senah ni.
















Shushi King

Assalamualaikum

Sekian lama menyepi tetiba muncul, cakap pasal makanan pula tu. Macam tak cayaaaa jee. Jangan risau hampa tak silap orang. Masih orang yang sama cuma dah kertu sebab dulu fefeeling muda remaja. Sedar tak sedar dah nak masuk 25 tahun. Dah masuk kategori harus nikah dah ni. Hihihi.

Last weekend lepas habis kursus dekat Sungai Petani. Aku pergi Amanjaya Mall. Sumpah tak tipu lama dah tak datang situ. Padahal dulu situ la tempat lepak tempat buang duit tempat 'berlakon' siapkan assingment. Kalau tanya student Uitm Merbok confirm penah pergi situ. Kalau tak pernah tu cepat-cepat pergi buat medical checkup. Tak banyak sangat yang menarik dekat situ tapi ok la untuk sekali sekala pergi. Selalu pergi tu bosan juga sebab tak banyak sangat shoplot dan tempat makan pun tak banyak choice.

Macam aku pergi haritu pun jenuh pikir nak makan apa. Sempat la tawaf mall last-last pilih Shushi King. Shushi King ni dekat Ground Floor betoi-betoi sebelah Old Town White Coffee. Drama juga la nak makan pun. Macam-macam timbul bila kawan decide makan dekat situ sebab ni first time aku jejakan kaki dalam tu. Nak kata tak pernah makan, pernah tapi tak pernah try lagi product Shushi King. Selalu aku take away je. Melantak dekat rumah is heaven sebab boleh buat aksi lasak makan dengan tangan. Melayu katakan. Bila dah diajak makan situ mula nak nak errrmmm.. boleh ke tekak melayu ni terima? macamana kalau terkena yang wasabi? Nak makan pakai apa nanti?



Memula je pikir macam tu. Lepas tengok menu dan makan satu cakap sedap. Ok la sebab masih lagi kena dengan tekak aku. Kalau korang pening tak tau nak pilih yang mana boleh je tanya. Macam aku ambil 2 Set nasi. Lupa nama. Sumpah nasi tu sedap, rasa macam nasi ayam merah. Haha. Yang satu lagi tu nasi+ ayam goreng tepung+ kacang panjang goreng tepung. Rasa ayam dia macam pelik sikit. Yang bestnya tepung tu je sebab crunchy.


Lupa nama. so far rasa ok la. Kawan aku cakap macam rasa bimbimbap yang aku buat je.
memula aku ingatkan dia balut dengan cheese tapi bila makan takde pula rasa cheese. tipah tetipu

Ruang dapur. dont worry pekerja semua muslim. Inshaa Allah dijamin halal.


Lupa nama juga. Yang pasti atas tu sotong. Aku tak suka sangat. Sambal sotong mak aku lagi sedap.

Harga shushi ni ikut warna plate dia. korang boleh zoom dekat situ. Sorry blur sikit

Jemput Makan. Nasi ayam merah yang aku cerita tadi belah kanan atas. 
 Dalam banyak-banyak yang aku makan tu. Paling aku suka dan kena dengan selera aku. Shushi yang bentuk separuh bola (korang boleh tengok pic atas). Dalam dia letak telur rebus, bahagian luar tu crunchy sangat. Yang tu part aku paling suka. Yang dalam plate biru tu regular menu yang aku selalu sangat makan. Nak selamat kalau takut tekak tak boleh terima, Try yang tu dulu. Ni kawan aku la cakap masa aku memula makan shushi dulu sebab inti dia telur.


Air sekali dalam set. Green tea without sugar. Macam air rumpai laut tanpa gula

cepat buka mulut.Aaaaaaa

Kemain mentedarah. Free kan.



Masa aku pergi ni aku dapat 10% guna Tesco Card. Kalau nak lagi murah pergi hari weekdays dapat 20% tapi dari jam 3 p.m until 6 p.m. Aku lewat 15 minit kalau tak dapat dah 20% tu. Total makan haritu 3*.** something. Ok la. Tetiba lapar telur separuh tu pula. Nanti la nak ajak akak-akak aku pergi lagi. Kali ni tak jakun dah kalau pergi sebab dah pandai nak pilih menu. Hehehe.