Sunday, October 9, 2016

Kenali Skincare Anda

Salam




Tajuk tak nak kalah. Aku nak kongsi ilmu yang baru aku dapat. Minggu lepas aku ada baca artikel pasal produk kecantikan dan merkuri. Merkuri ni sejenis bendasing yang selalu kita jumpa dalam produk kecantikan dan boleh mendatangkan bahaya pada pengguna. Tetiba je tertanya diri "eh produk apa aku guna ni? Baik ke tidak?. Dari situ aku start study macam mana nak kenal produk yang ada merkuri dan tiada.

Dari research aku yang tak seberapa tu kita ada 2 cara mudah untuk kenal jenis produk yang ada merkuri ni.

1. Guna emas.

Gosok emas/cincin pada produk tu dan kalau berubah warna asal tu maknanya ada la bendasing tu. Emas tulen tau. Jangan pulak guna emas korea pasar malam tu. Nanti hasil dia auta salahkan aku pulak. Tapi aku tak guna cara ni, aku sayang cincin aku sebab nanti barang kemas kita warna jadi pudar dah satu hal nak kena pergi celup balik.

2. Panaskan dengan sudu.

Aku guna cara ni. mula tu ambil sudu besi dan letakkan sedikit produk skincare kita tu dan panaskan atas api. Tak kisah la pakai lilin atau buka dapur gas ke janji api yang boleh leburkan produk tu. Mudah lagi guna cara ni kan.

Hasil yang aku dapat tu buatkan aku takut dengan semua produk di pasaran. Sabun yang aku pakai tu berubah. Tepi-tepi tu ada hitam. Tapi tak banyak la so aku assume mungkin kuantiti merkuri dalam sabun tu sikit je kot. Tapi dah mampu buat aku nak buang masuk bakul sampah je. Disebabkan perasaan ingin tahu yang menebal aku ambil semua sabun dan krim yang ada semua aku bedal bakar dan hasil dia hanya krim yang aku pakai sahaja yang tak berubah warna. Sabun yang lagi satu aku try tu hitam pekat macam kopi pekat jadinya. Takut aku nengoknya. Habisla muka aku! Selamat diangkut lori sampah dah.

Dalam kita obses nak cantik sampai tak sedar produk apa yang kita guna. Bila dah tahu ni rasa takut pulak. Mula la google produk skincare dari semulajadi. Mulanya aku nak try pakai produk dari The Face Shop. End up aku google listing ingredient ada paraben. Terus stop google. Tapi nekad juga nak tengok betul ke tak cuti weekend aku walk in sendiri. Bila aku baca dekat ingredient takde pula 'paraben'. Mesti salesgirl tu tengok aku geram apa la yang dibeleknya lama kemain. Sejap masuk sekejap datang balik. Aku sendiri pun tak paham rasa nak beli tapi was-was tu menebal. Ini kalau islam dah jatuh haram was-was menebal. ehehehe. Last aku balik dengan tangan kosong. Tengok je lebih belinya idok.

Sekali aku pergi tesco beli tomato balik rumah sental muka pakai tomato je. Habis cerita. Ini tak kena itu tak kena. Aku pun naik pening nak pakai apa. Sekarang baru aku perasan produk yang ada barang terlarang ni tak semestinya lulus dari KKM bermakna semuanya selamat. weeehhh..produk yang aku pakai tu siap ada banner dekat highway kot. Aku still pakai lagi seminggu sekali sebab aku tak nak stop secara drastik. Pagi aku bangun awal tonyoh muka dengan tomato malam aku sental pakai Green Tea. Setakat ni kulit aku ok lagi atau lebih tepat rasa lagi moist dan lembut je. Suka pula aku.

Aku tak tau la kalau cara yang aku guna pakai ni merupakan kaedah yang salah. Mungkin tak tepat tapi ini je yang aku mampu. Nak beli mesin tak mampu la setakat 2 3 titik je aku nak test. Rabak akaun bank aku. Jadi bagi sesiapa yang pakai produk dan rasa kulit muka putih secara drastik, jerawat pun susah nak muncul aku sarankan semak la kandungan produk tu.