Thursday, December 1, 2011
contengan jalanan
setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati (al-anbiyaa')
weekend hanya dihabiskan di atas katil. demam!
sekarang perubahan musim so please take care of our self.
so masa dok melepak guling kiri guling kanan sekali keboooom.. nangka busuk jatuh katil
capai novel ni dan start baca. masa beli tu excited sebab tengah sale! cakap pasal sale sekarang kan tengah end of the year so memang banyak sale. dari 20+++ dapat 15 je. tapi balik tak baca pun. bila demam ni baru nak baca.
maybe selalu baca story tentang LOVE pada manusia sehingga lupa cinta pada Dia.
'perjalanan mencari tuhan'
1 novel 2 cerita. dan saya rasa kita boleh nampak apa yang tak boleh dilihat dengan mata kasar.
sesuatu tentang kehidupan. apa erti kehidupan yang bukan hanya makan, kerja, tidur... tapi sesuatu yang lebih dari tu...
sesuatu mengenai tanggungjawab, amanah.
p/s: kalau orang kata nak buang tatu di kulit itu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagi perit.
Thursday, November 17, 2011
sibuk citer pasal benda bulat.
rindu. rindu sangat..
laaa..laaaa.
sangat-sangaaaaat rindu.
kangen bangat sih.
oohhh i miiisss u la blog oi..
lama cek tak taip celah ni. selalunya orang bila cuti sem masa tu boleh cakap kalau nak makan 4kali sehari pun boleh. ini cek terbalik pulak bila sem break timbui ja jangan katakan nak makan nak tidur pun bukan men payah.* rasa macam syoik pulak cakap loghat ni.
sapa sangka dulu kecik je. sekarang dah besaq gedabak macam anak tupai dah. dulu comot sememeh ja muka kalau orang tengok ic lama mesti cakap awat dulu hang putih la makin lama makin kelam ja. amoi mulot kalau boleh bagi cakap, cakap sungguh sampai tak sedaq orang dia kutuk tu dok depan mata. kalau orang tanya cek:
pengalaman manih hang padia: hurm..xtiau la.banyak sangat.paling manis bila makan coklat.
kalau pahit: ni takmau citer ni. orang cakap pahit usah dikenang. tapi nak cakap juga. kena naya dengan senior yang pulun! kentut kau 1000x. mati kau tak cukup oksigen.
pengalaman noty: hehehe.. yang ni banyak.banyak sangat. habaq mai apa cek tak penah buat. katok cikgu dengan belangga pun cek penah. curi seluaq kawan masa dia dalam toilet sampai budak tu nagis2. tak cukup xtreme lagi tuh. lepas tu cek ikat dia dekat pokok yang ada kerengga. tragis hidup kawan cek tuh masa dekat tadika. whatttttt tadika!! hampa toksah la terkejut.itu baru noty zaman tadika zaman sekolah rendah?menengah?uni? *jangan bayang sebab tak seperti yang hampa bayangkan.ngeri.
opppppsss! sebenaqnya cek dah over limit. ingat nak bukak mukadimah 2 3 kerat je. maap la cek xcited terminum carbon monoxide. overdose excited lama tak menaip.
,
,
,
,
minit ke 30 mak mai join sebelah. kaku je. macam tengok sorang2 juga. mak citer pasal doremon cek cakap pasal nazmi yang kiut miut, badarol bahtiar yang tertiba nampak handsome. tak selari kan.
separuh masa ke2. ayahku dah pulang dari surau. gengku dah balik!! baru best tengok bola. mak masih dengan doremon dia. cot.cot.cot.. cek dengan ayah..laaaa awat la pemain ni men celah ni. apa jurulatih malaysia cakap sampai kena halau? sian mak kan. last2 tengok mak tengah bergayut tapi ayah tak jeles pun sebab ayah tau mak selalu gayut dengan anak2 dia. tapi mak xtiau anak bongsu dia jeles. kalau akak balik kolej, rumah sewa mak selalu col tapi bila cek balik U mak jarang col. alasan 'takut adik ada class, busy'! tapi dont worry. ayah cek ada!
cukup kot sampai sini cek buat kerepek. dah penat bersorak sakan tadi
p/s: along cakap 'adik ganas bila tengok bola'.cek xtengok lagi la orang tengok bola pakai telekung pegang tasbih kak oi! kena cari husband minat bola nanti.
Wednesday, October 12, 2011
city hunter :)
permulaan yang tidak baik bila awal semester break pun dah spend whole time depan lappy layan movie. sentap juga layan movie pepagi buta sorang diri.
main actor:
Lee Min Ho as Lee Yoon Sung / John Lee
Park Min Young as Kim Na Na
Lee Joon Hyuk as Kim Young Joo
sinopsis by my own:
cerita asal city hunter diambil dari novel by Japan’s Tsukasa Hojo. memang famous! dan tak sangka pula dijadikan drama. Lee Yoon Sung dilarikan oleh bapa angkat dia semasa bayi ke Thailand dan dilatih ala2 tentera. beliau pulang ke korea atas niat balas dendam atas kematian 'bapa kandung' yang konon dipropa oleh bapa angkat beliau dan bertemu dengan Kim Na Na. tapi beliau punya cara tersendiri untuk balas dendam. tapi 'dihalang' oleh bapa angkat beliau. saat ni pelbagai aksi berlaku.apa jadi lepas tu korang boleh tengok sendiri dekat SINI .berjayakah beliau menuntut bela? siapa bapa kandung sebenar dia?? hidup atau mati beliau akhirnya? bagaimana cinta dia?? tengok sendiri.........taknak story panjang.
mula saya tengok drama ni sampai ep 2 je.lepas tu senyap.. sebab tak menarik dan saya bukan peminat LEE MIN HO. banyak girl2 yang jambu layan cerita korea sebab ada abang buloh tu. tapi abg buloh tu dah berjaya ubah perception saya.lee min ho lagi menarik bila bawak watak yang perlu gunakan kaki dia yang secara fakta memang sah la panjang dari saya tuh...oh u look so awesome la bila main tendang2 ni. banyak sangat pergorbanan. bukan 100% tentang konflik cinta yang macam selalu drama korea create tuh!! tepuk tangan sebab drama ni dah berjaya bengkakkan mata sepet ni.
p/s: target lepas ni khatam 49 DAYS dengan MIDAS pula. caiyooook!!
Tuesday, October 4, 2011
alhamdullilah..
thank you Allah. i'm happy now.
termakbul akhirnya doa saya
after a year i got my BFF back.
i miss you like a bitch.
dulu kita macam ni
tapi sekarang kita dah macam dulu balik
i miss you
i love you
i hope that 'incident' between us does not happen again for a second time.
Saturday, October 1, 2011
Thursday, September 22, 2011
selamat menghadapi peperiksaan
kepada semua pelajar yang bakal menghadapi dan tengah memegang pen jawab exam tu.
semoga berjaya. usaha.doa dan tawakal.
banyakkan berdoa. saya doakan semua dapat berjaya dunia akhirat :)
selawat dimurahkan rezeki
p/s: terima kasih kepada hamba Allah ni. sanggup kejut saya bangun study, hantar buku motivasi tgh2 mlm dan tazkirah hari2.saya doakan awak berjaya. awak terlalu sempurna buat saya.
Monday, September 12, 2011
mason moon..semua pakat berangan nak anak macam dia
kenal tak pemilik mason moon?
mason moon ni pemilik nama seorang baby yg bagi saya sangaaaaat comey!mata dia dh macam biji guli masa kecik2 dulu je duk main tuju guli.pipi tak payah cakap la. kalau orang cakap donut dekat BIG APPLE tuh lembut yang ni lagi lembut lagi gebu.
Name: Moon Mason
Gender: Male
Birth date: 2007/ 03 / 21
Blood Type : O
Family : His father is Canadian and his mother is Korean.And now he has 2 little brothers :].
Occupation : Kid model (Baby Ulzzang) and Actor.
Trademark: Smiling and Gurgling when there is a lot of people.
Favorite Foods: Unbecoming of his polished appearance, he likes poprice and uncooked ramen.
Hobby: Throwing a ball and picking up stuff when it looks messy.
Points of appeal: Pigtail on top of his head to appear cute and awkward wink.
Carreer :
- He played in the movie 'Baby and I' with Jang Geun Suk.
- He`s also an ulzzang (Best face in Korea).
- He's the MC of the korean TV program 'Good Daddy' which features korean well-known entertainers such as Lee Honggi, Kim Heechul and Kim Gunmo.
- T-ara Hello Baby
paling suka part dia kelipkan mata. gagah nak makan nasi sendiri jugak tuh.
taktipu. saya dah jatuh cinta sangat dengan baby ni. sapa boleh kasi anak comey macam ni pada saya sila masuk minang ye =.=
p/s: habis desktop semua muka kau je BABY COMEI!sejuk mata tengok baby.
Sunday, September 11, 2011
tekak sakit..cuba baca ni..
syawal sebulan kan.so rasa macam tak terlewat lagi la kalau saya nak minta maaf pada sesiapa yang pernah saya buat silap dengan anda. saya manusia dan awak juga manusia. lumrah manusia tak pernah lari membuat kesilapan. siapa kita nak menilai orang lain. peace no war!
dah lepas raya mesti ada je alahan ni..
batuk! sakit tekak. bunyi suara pun ala2 ella zaman 90an kan.
so dekat sini saya nak bagi petua sikit sebab time raya baru ni my sis demam. teruk yeah memang teruk sampai menjangkiti whole family. hebatkan wabak ni.
1) boleh pergi klinik dulu. checkup apa yang patut. stay dulu dgn ubt yang dapat tu kalau tak menampakkan hasil juga boleh try ni..
2) minum air ais dan makan ais. ini untuk siapa yang hilang suara. saya dah cuba tapi akan menyebabkan batuk menjadi teruk tapi kembalikan suara anda. so saya suggest jangan follow yang ni. saya buat sebab urgent nak kena presentation.
3)ambil limau nipis. perah air dia kemudian campurkan dengan kicap. lepas tu makan.
4) makan madu. saya amalkan yang ni dan hasil dia alhamdullilah berkesan.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W, "Bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, iaitu minum madu, bekam dan bakaran api (al-Khayy), Sesungguhnya aku melarang umatku melakukan al-Khayy (pembakaran dengan api)." (Sahih Bukhari)
Seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya tidak juga sembuh, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
5) minum air asam jawa
6) amalkan minum air suam waktu pagi
7) makan sireh dgn gula. ni the latest cara yang saya tahu. masa pergi beraya tu ada la mak cik ni bagi tau maybe dia pun dah pekak telinga dengar family ni kerja koh.koh...koh.. je.gurau je k mak cik. cara dia ambil pucuk muda sireh tu.yang MUDA tau. yang hujung2 tuh,kecik2. then letak gula sikit. yang ni saya tak try tapi mak saya cuba dan batuk tu kurang
8) minum jamu. what jamu pun saya tak tau. yang ni suggest from my mom. apa brand pun xtaw.jamu ni untuk batuk. saya tak cuba lagi.
apa yang penting jangan lupa pada DIA sakit itu nikmat. hargailah nikmat yang diberikan sementara masih ada. semoga sembuh :)
Sunday, August 14, 2011
terkantoi dgn housemate gambar bf baru penuhi desktop
pejam celik pejam sebelah mata dah 14 hari kita umat islam berpuasa. puasa penuh ke??
alhamdullilah puasa penuh.. untuk tempoh 14 hari ni jela.masa depan tak tahu lagi.
hari ke 12 ramadhan tetiba hausemate cakap..
housemate: amboi..tak busy malam ni. tak gayut dengan bf baru ke?
saya: eh3..sejak bila aku ada bf?* dgn muka yang tak berapa nak blur ni
housemate: tuh apa penuh 1 pc dgn muka dia je?
saya: oh..ni bkn bf aku..ni bakal suami aku.HAHA.
so saya nak mentionkan dekat sini 'beliau' tuh bakal suami saya.
p/s: my housemate sila la jeles ok!
Wednesday, July 27, 2011
happy birthday UMI SARAH BT MOHD FAUDZI
.
.
.
.
credit to wawa, mira dan anis.
Thursday, July 7, 2011
boleh pakai ke LELAKI pantang dicabar ni?
hari ni dalam sejarah. tetiba ubah mood cakap pasal manusia bernama lelaki ni.
benarkah lelaki pantang dicabar?kalau tanya dekat perempuan majoriti jawapan yang diterima adalah YA. tapi kalau tanya dekat lelaki. " mana ada". betul kan.. tak payah kata tak laa.memang korang terkena batang hidung dah
cakap pasal cabaran tu membawa banyak makna dan banyak maksud. kadang2 cabaran tu boleh mendatangkan kesan positif tapiiii..banyak negatif dari positif. lelaki ni ego dan bila ego mula bermaharaja mula laaaa.. bla..blaa... dan saya rasa kalau lelaki dicabar kawannya pikat seorang girl comey2 ni dan bila dah 'dapat' main cak2 pula. mula-mula dulu 24 jam ada sekarang 25jam nak nampak pun susah. see girls lelaki ni tak banyak yang boleh dipercayai. belum tentu boyfriend, pakwe, cowok korang tu jujur. entah2 dia kawan dengan korang pun sebab kena cabar. better korang siasat!
LELAKI! jangan ingat korang lelaki yang pada dasarnya seorang yang kuat gagah perkasa lagi ego korang pikir girls comey2 ni tak tahu apa korang buat. korang hisap rokok masa sekolah dulu mak korang tahu jugaaaaa..kan. korang poket kontang mak korang tau kan.masa korang baby korang tak pandai cakap tapi bila korang lapar mak korang bagi susu kan. so jangan nak bangga sangat la. jangan ingat korang LELAKI korang boleh mainkan perasaan manusia ni.
apa salahnya korang katakan TIDAK bila kawan2 korang yang tak berapa nak cerdik tu cabar. dapat duit memang la dapat. dapat nama. ye saya tau kebanyakan lelaki yang dicabar dianggap 'macho' oleh kawan-kawan mereka. macho tang mana habaq mai sat? 'macho' dari segi melukakan hati manusia. macam tu???
tinggal tinggalkan laaaa...perangai korang tu.. tak semua perempuan akan terpikat dengan korang. korang mungkin kuat dari segi fizikal tapi ingat wanita kuat dalaman. Allah itu Maha Berkuasa. dunia ini punya karma. kalau sekarang korang lakukan pada perempuan. saya komfen satu hari nanti korang akan kena balik. bumi ni bulat. ada bawah dan ada atas.
cukup la tu mukadimah saya.. mukadimah baru belum masuk isi, huraian,kesimpulan lagi..
kenapa la entry saya sejak kebelakangan ni negative je.. sudah2 la nak persetankan saya! tak payah la kot saya rasa kamu nak ikut telunjuk kawan kamu tuh. dowang pun saya tengok bukan cerdik mana pun. kalau kau rasa kau boleh pikat saya. go on! kita tengok sapa menang dan sapa terpikat nanti. lepas kawan saya awak mainkan sekarang turn saya pula kan. sudah-sudah la tu.. cukup la mainkan hati perempuan ni. dah la ex bf kawan saya lepas tu ada hati nak pikat saya pula! memang la kamu MUKA TAK TAHU MALU!
saya memang baik tapi saya juga jahat dari sudut lain. arrrrgh! bencinya aku laki ni. engkau ingat kau hensem sangat ke? kau hot!! jangan nak main dengan aku kalau kau tak nak rasa apa itu makna SAKIT! kau boleh sakitkan kawan aku dan tak mustahil aku takkan buat perkara yang sama dekat kau!remember that. aku lebih suka hidup macam sekarang. don't disturb me.aku bukan barang mainan korang..
dah cukup tekanan kot sampai boleh tidur dalam 'hotel 5star' segala bagai.jangan la ganggu hidup aku.
Ya Allah, ringankan segala bebanan aku. permudahkan segala kesulitan.amin..
Thursday, June 30, 2011
nak tanya..nak tanya.. mcm mana nak hilangkan lebam macam kena pukul??dah seminggu but still rasa sakit...so any suggestion?yang logik SAHAJA!.
saya tak suka bila korang nak story morry what happens 10 years ago but please dont reminds me anything about 10 years ago. SAYA TAK SUKA DENGAR KISAH LAMA SAYA! dan tolong la saya punya nama saya sendiri. jangan panggil saya dengan nama beliau. tak perlu la nak story tentang dia dekat saya. saya tak berminat. beliau bukan scandal. pakwe. bf dan kawan saya. saya tak pernah kenal beliau. langsung tidak.
jadi tolong la jangan kaitkan diri saya dengan beliau. cukup la selama 8 thn saya hidup dalam bayangan dia. tak perlu nak buat cerita yang tak pernah wujud dalam hidup saya. salah awak sendiri sebab wujudkan perkara yang tak pernah wujud. kalau awak suka dia ambil je. jangan nak libatkan saya dalam masalah awak. awak suka dia itu masalah awak dan dia suka saya bukan masalah saya. saya tak perlukan manusia macam awak. saya benci kawan yang makan kawan ni. lebih baik berkawan dengan kucing dari berkawan dengan awak sekurang-kurangnya kucing setia pada tuan. ingat kata-kata saya. saya boleh maafkan awak jika awak lembutkan lidah awak minta maaf dan mengaku kesalahan awak. saya tak kejam kalau saya tak maafkan awak. awak lagi layak digelar perempuan kejam dengan perbuatan awak!
Monday, June 20, 2011
bila orang mula mengumpat sana sini, kita.......
ayah hero saya.
bila orang mula berpuaka mulut sana sini kita buat apa? join sekaki atau ada yang tegur or paling koman pun said astaga dalam hati. kalau ada pun mesti bukan korang kan.nak jumpa yang macam tu satu dalam seribu..saya tak cakap semua.
petang tadi aku berblog walking. biasa la lama tak activekan blog. rasa macam gian la pula nak berbloger. jeles aku tengok orang lain pakat update blog dorang. aku? minat nak menaip rasa macam dah hilang. tapi disebabkan aku terbaca 1 article ni tentang Daten Milano. sapa tak kenal remaja yang dah goyangkan malaysia yang tak berapa nak besar ni dengan menyatakan dia bukan lagi gadis. memang mengemparkan la apatah lagi remaja tu baru berusia belasan tahun.
nak juga tau apa yang telah terjadi. tapi nampaknya saya terlambat la sebab blog tersebut sudah 'hilang' . mula baca tajuk entry pun saya mengucap panjang dah. apa la budak ni tak pikir panjang ka.bla..blaaa... tapi lama2 saya jadi kesian dekat gadis tersebut. kesiannya dia.kesiannya..saya pikir macam mana la masa depan dia nanti? dia popular disebabkan satu isu yang bakal mengelapkan hidup dia. macam mana dia nak berdepan dengan masyarakat. bila orang nampak dia orang akan cakap "eh.eh..tu bukan bohsia yang dah maen ke?" tak malu dia pun akan timbul perasaan malu kat celah mana2.
saya ada la baca mesej menghentam dia secara habis-habisan. nampaknya masyarakat kita masih lagi dengan cara lama. memang remaja tu buat salah tapi kalau nak tegur guna akal bukan perasaan. remaja? semuanya tentang perasaan. keputusan dan segalanya datang dari perasaan mereka. saya pernah remaja dan masih remaja. saya rasa kalaula masyarakat pandang serong pada golongan macam tu sampai bila pun masyarakat kita tak maju. manusia melakukan kesilapan dan tak mustahil dia akan berubah. dan jangan pula mengagap bila kita senang memaafkan menjadi tiket untuk kita terus membuat kesalahan tersebut.
saya tak cakap remaja tu tak salah. salah bila dia start menyumpah seranah orang lain pada entry beliau 2 jun 2011 baru ni. eh..eh.pehal la budak ni dah buat salah nak buat salah lagi ke? sudah sudah laaaa.. kesian betul family dia. sekarang mungkin dia xkan pikir akibat dari perbuatan dia sekarang. masa depan? menyesal pun xguna lagi. bila nasi jadi pengat boleh makan tapi bila nangka jadi busuk macamana pula? ada yang nak simpan kat rumah ke? kamu tinggal di bukit bintang tak semestinya hidup kamu hancur. semuanya terletak pada iman kamu. jangan la jadikan sebab tempat tinggal kamu harus dan patut melacurkan diri dengan senang hati.
satu je pasanan saya buat gadis tu. minta maaf banyak2 dekat orang tua kamu. saya tak kenal kamu dan tak tahu apa2 jadi saya tak nak komen banyak2. nanti kalau saya cakap banyak benda yang tak betul lai pula jadinya. saya harap suatu hari nanti kamu akan mendapat hidayah dari Allah. remaja sekarang cerminkan masa depan negara kita pada masa hadapan. saya jamin Malaysia akan hilang dari peta dunia kalau semua remaja sekarang macam kamu sekarang!sama2 la kita renungkan. maruah manusia tu tinggi nilainya. jangan la kamu buat jualan murah kalau tak nak rasa jadi femes. biasa la rakyat malaysia kan prihatin. semua pakat nak jadi wartawan. semua perkara kalau boleh diorang nak tau. saya tak cakap semua..
yang baik itu kita ambil yang buruk kita jadikan pengajaran bukan ikutan! bila ikutan tu la jadi setan. peace no war.
Monday, May 23, 2011
istikharah pembuka jalan
mimpi? betul ke selepas kita menunaikan solat istikharah kita bakal didatangi mimpi? boleh percaya ke mimpi tu? bukan mimpi mainan tidur dan semua tu kerja satan ke?
mimpi..ye mimpi yang membuat hati saya terdetik untuk saya menaip entry ni. banyak perkara buat saya pikir tentang mimpi tersebut. bukan sekali malah dah habis angka jari ni nak dibilang. abaikan mimpi mengenai ular tu. saya mimpi ular? wah..orang selalu cakap kalau mimpikan ular atau lebih tepat dipatuk ular ada orang masuk meminang. tapi dalam kes saya lain. saya alami mimpi tersebut lebih kurang sebulan lepas.(selama sebulan) mimpi yang berlainan versi tapi ular yang sama dan tempat yang sama! pelik? sangat pelik. sampaikan saya takut nak pejamkan mata. takut mimpi lagi benda yang sama.memang saya tak pernah nak rasa nikmat tidur lena.
normal la kalau mimpikan ular but dalam kes saya lain. apa yang saya nak kongsi dekat sini. buangkan andaian bahawa mimpikan ular bermakna kita bakal dirisik. memang tapi tak semua sebab kalau mimpi yang berkait rapat dengan haiwan yang berbisa contohnya ular,kala jengking dll ini bermakna ada orang ingin menghantar 'benda' kepada anda, sihir atau ada ' benda' ingin berdamping dengan anda atau saka.( mula seram pagi-pagi buta cakap pasal ni) dan kadang2 dalam mimpi kita boleh terima 'benda' tersebut kita sebagai tuan. seram kan.
saya pun dah lupa nama surah yang saya amalkan masa tu. saya dapat nasihat dari seorang hamba Allah ni supaya amalkan surah ni sebelum tidur dan alhamdullilah mimpi tu makin lama makin hilang. jadi sentiasa la berjaga-jaga. jangan pakai main tidur je. kena juga ada adab untuk tidur. basuh kaki sebelum tidur!
cerita ni cuma sebagai pemanis entry ni je.mukadimah. tapi apa yang saya ceritakan perkara benar yang saya alami sendiri. bukanlah untuk menghebohkan perkara ni tapi sebagai ilmu yang saya ingin kongsikan. tak semua orang sedia maklum tentang hal ni. saya sendiri before ni tak tau langsung benda2 macam ni. tapi bila dapat tau je meremang segala bulu roma. alahai pakai tak tidur la malam ni.
istikharah?
istikharah bukanlah medium untuk kita melihat masa depan kita tapi medium antara kita dengan Allah dimana kita berserah dan meminta petunjuk-Nya atas setiap perkara yang kita lakukan.
tidak perlu menunggu mimpi selepas istikharah!
perkara ni salah. seperti yang saya tegaskan sebelum ni. memahami makna istikharah itu penting. istikharah merupakan penyerahan seorang hamba keatas setiap ketentuan tuannya. dan..dan istikharah dilakukan setelah usaha semaksimum mungkin terhadap perkara yang kita ingin lakukan. bukanlah mengamalkan istikharah bagi 'memaksa' Allah membuat pilihan bagi kita.
jika perkara tersebut boleh dicapai dek akal. perkara tersebut terang dan nyata perlu ke kita lakukan istikharah? dekat sini saya bagi contoh
dekat sini kita boleh pikir sendiri. salah atau tidak merampas milik orang lain? betul ke tidak mimpi tersebut. penting ke mimpi tersebut bagi kita?pikir la sendiri. jawapan dia terang lagi nyata.
tapi kita kena ingat kemampuan akal ada batasnya. ia tidak boleh menjangkau perkara2 akan datang.ia mempunyai limit dan ini adalah kekurangan yang terdapat pada akal. Allah itu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. setiap yang kita lakukan Dia inginkan kita kembali kepada-Nya.
jadi dekat sini apa yang saya nak tekankan manusia seringkali menunaikan istikharah tetapi dalam kita tidak sedar, ilmu didada belum cukup sepenuhnya. solat menghubungkan kita dengan Pencipta. ye! sujud menghubungkan kita dengan Dia. tidak perlulah rasanya nak cari kawan atau teman meluahkan rasa. luahkan segalanya dalam sujud kerana segalanya datang dari Dia.
bukan saya mencegah anda dari melakukan solat istikharah. karang ada yang salah ertikan. tak pasai2 tambah saham dosa saya je. lakukan dengan niat yang betul! pertunjuknya bukanlah datang dalam rupa bentuk mimpi sahaja. kadang-kadang ia datang dalam bentuk iman di dada yang membenihkan keyakinan bagi kita membuat pilihan.
buatlah pilihan terlebih dahulu dan terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah. saat itu mintalah kepada Allah Taala semoga pilihan tersebut tepat dan terbaik yang dapat memberi kebaikan kepada kita dunia dan akhirat kelak.
p/s: setakat ni je ilmu yang saya ada dan semuanya saya dah sampaikan. buatlah research kalau nak tau lebih lagi ;p
Thursday, April 28, 2011
7 YEARS OF LOVE
we have met for 7 years
nobody knew we would say goodbye this easily
but we did break up
memories of our arguments remained for a long time
i don't know how we expected to see each other
when we were so young
because we couldn't help ourselves from changing
they said it's painful when you say 'goodbye'
but we couldn't even feel that
we told ourselves calmly 'that's just how it is'
i cried
as time passed at my own regreting and missing you
looking at myself with a different heart
first as friends
next as lovers
it's true that they say when you break up that "it's hard to stay as friends"
still after that for 3 years
we kept in touch once in a while
even though i fell in love again with another person
i always called you when i was sad
just crying silently
telling you "you need to meet a good person too"
when i didn't really mean it
telling myself for nothing "maybe she still like me"
i know
we were both really innocent
thet we can't have that kind of love again
that it'll only remain as memories
but once a while
i feel a cold felling from you
but i know very well
there's nothing that i can do now
hearing her words "i'm getting married now"
for a while
i was speechless
and then i cried
they were you last words to me
but " i love you"
were the only words i wanted to hear
~super junior kyuhyun~
Monday, April 18, 2011
bagaimana dikatakan cantik?
hot!!wow...cantik..
cantik?cantik?apa yang korang pikir bila orang cakap cantik? adakah terbayang wajah era fazira? maya karin? kalau korang nak tawu semua tu plastik je semata-mata.
cantik ke pic kat atas tu? masa search cantik. gambar ni ada je dekat list? korang rasa cantik ke?ini la yang dikatakan cinta itu buta. lagi membutakan mata hati korang. maybe bagi sesetengah manusia inilah yang dikatakan apa itu cantik. cantik kerana body dia yang........ saya tak nak komen apa-apa sebab memang sifat cantik itu sukar nak diukur. artis 'miskin' pun ada yang cakap cantik.puntianak jelmaan siang itu cantik.puntianak??laaaa..muka tebal dgn bedak tu kan puntianak! dah macam pakai topeng je saya tengok.tak perlu la diukur cantik tu sebab memang korang pening kalau pikir.lama-lama gila!
cukup kalau korang bersyukur dengan kecantikkan DIA anugerahkan. tak perlu la cakap muka engkau hot! tidak perlu la menanam hasrat dengki atas nikmat yang ada pada orang lain.jadilah manusia yang tahu bersyukur dan menghargai apa yang diberikan. memuji itu baik tapi jika pujian disulami niat yang 'kotor' mulia ke itu?puji la dengan niat yang ikhlas. korang dapat pahala tau. memuji ciptaan DIA itu pahala. tapi jangan la pula nak menonjolkan kecantikan yang ada pada korang. alangkah baik jika cantik itu datang dari dalam. perlu ke mengejar kecantikan luar? perlu ke botox sana sini? perlu ke cukur sana sini? perlu ke warnakan apa yang tidak sepatutnya? perlu jika untuk suami. dikatakan tak perlu tu bila niat hanya nak menunjuk-nunjuk dengan nikmat yang Dia bagi. sedar la esok hari belum tentu kau bangun rupa kau masih cantik. umur 60, muka kau dah berkedut. cantik ke? kalau rupa memang kompen tak.. tapi kalau korang seorang yang cantik dari dalam umur 60 pun cantik itu masih kekal bersama korang. orang akan tetap pandang korang cantik.
bersyukur la dengan nikmat yang dia bagi. jangan terlalu sombong untuk ucapkan kalimah alhamdullilah. biasakan lidah korang dengan kalimah Allah setiap hari. solat 5 waktu. air wuduk yang korang ambil tu adalah 'alat solek' yang paling terbaik sekali. tak perlu la korang nak habiskan masa menempel bedak 1kg dekat muka. wajah korang tetap berseri tau even tanpa benda alah tu.amalkan. insyaallah kecantikan itu akan muncul dalam diri korang. jika dilihat sekarang cantikkah cukur kening itu? cantikkah mewarnakan rambut? cantik ke itu jika kuku berkalerpul? pikir la sendiri..bertahan ke semua itu? kadang-kadang..bukan.bukan.selalunya saya akan terpikir macamana diorang sembahyang kalau rambut,kuku berwarna,.......? mereka tak solat?????
tak perlu la dikejar kecantikan yang sementara itu. kejarlah kecantikan yang kekal abadi. semua orang itu cantik. yang hitam itu cantik. yang putih itu cantik. semua cantik. tapi.tapi..tak perlu la ditonjolkan kecantikan itu sehingga mendatangkan maksiat. jagalah kecantikan yang ada. tidak perlula diagungkan kecantikan rupa yang ada sehingga nak tunjuk dekat dunia anda seorang yang comel.anda seorang yang kiut miut.
sekian..
p/s: terasa juga saya dengan entry ni even saya sendiri yang taip. moga iman saya masih kuat dengan perubahan ini. amin.
Sunday, April 17, 2011
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...
Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...
Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...
Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...
Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...
Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
Duhai sahabat..
... Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...
Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?
Katakanlah wahai temanku...
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...
Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya........
Friday, April 15, 2011
aku sudah bertunang!
salam..
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
.......................................
"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."
Sunday, April 10, 2011
i lost my examination slip
YA ALLAH!pulun punya pratice tak sedar examination slip hilang
what should i do?segala brg saya punggah..xckp brg saya.brg roomate pun sy 'selerakkan'
menanggis?yes i am. saya 1st group. exam start 7.30am! even kedai print pun bkak 9am.
hati ingat Dia je.moga2 ada keajaiban.
penat dah mencari.3round saya punggah benda yang sama.tak jumpa?esok xamik muet la mcm ni.
ketar tangan.lutut dah lemah.mata keja nak nanggis je..badan macam nak demam segala macam.menanggis punya menanggis*bajet mcm nagis teruk je.
alhamdullilah..dalam saya dah give up.bukan putus asa.tp dah tak tau corok mana lagi nak cari.semua saya dah selongkar.almari baju pun saya selongkar.macam logik la pulak slip exam nak letak dalam almari baju?time ni apa pun tak boleh pikir janji jumpa je.
saya jumpa slip tersebut dalam laci tempat saya simpan selama ni. memang dalam laci tapi saya terpaksa bukak* tarik 1 persatu laci keluar sebab terjatuh dalam kotak laci. nak cakap mesti korang tak paham.sape ntah design meja ni.menyusahkan je. myb saya dah terjolok kertas ni msuk dalam then dia bukan sja masuk dalam laci saya malah jatuh dalam kotak yang selama ni saya tak sedar kewujudan ia.
time nak tarik laci 2 keluar. takut pula rosakkan bahan awam. tapi otak cakap "lantak la ni soal hidup mati aku" then..syukur saya berjaya dan dapat pasang semula laci tersebut. nanti saya snap pic laci 2. myb skunk korang tak boleh bayang kan. sapa la design nie!menyusahkan je.lain kali jgn la cipta ruang dekat hujung 2.
Monday, April 4, 2011
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu