Monday, April 18, 2011

bagaimana dikatakan cantik?

assalammualaikum







hot!!wow...cantik..
cantik?cantik?apa yang korang pikir bila orang cakap cantik? adakah terbayang wajah era fazira? maya karin? kalau korang nak tawu semua tu plastik je semata-mata.
apa itu cantik?


cantik ke?


cantik ke pic kat atas tu? masa search cantik. gambar ni ada je dekat list? korang rasa cantik ke?ini la yang dikatakan cinta itu buta. lagi membutakan mata hati korang. maybe bagi sesetengah manusia inilah yang dikatakan apa itu cantik. cantik kerana body dia yang........ saya tak nak komen apa-apa sebab memang sifat cantik itu sukar nak diukur. artis 'miskin' pun ada yang cakap cantik.puntianak jelmaan siang itu cantik.puntianak??laaaa..muka tebal dgn bedak tu kan puntianak! dah macam pakai topeng je saya tengok.tak perlu la diukur cantik tu sebab memang korang pening kalau pikir.lama-lama gila!

cukup kalau korang bersyukur dengan kecantikkan DIA anugerahkan. tak perlu la cakap muka engkau hot! tidak perlu la menanam hasrat dengki atas nikmat yang ada pada orang lain.jadilah manusia yang tahu bersyukur dan menghargai apa yang diberikan. memuji itu baik tapi jika pujian disulami niat yang 'kotor' mulia ke itu?puji la dengan niat yang ikhlas. korang dapat pahala tau. memuji ciptaan DIA itu pahala. tapi jangan la pula nak menonjolkan kecantikan yang ada pada korang. alangkah baik jika cantik itu datang dari dalam. perlu ke mengejar kecantikan luar? perlu ke botox sana sini? perlu ke cukur sana sini? perlu ke warnakan apa yang tidak sepatutnya? perlu jika untuk suami. dikatakan tak perlu tu bila niat hanya nak menunjuk-nunjuk dengan nikmat yang Dia bagi. sedar la esok hari belum tentu kau bangun rupa kau masih cantik. umur 60, muka kau dah berkedut. cantik ke? kalau rupa memang kompen tak.. tapi kalau korang seorang yang cantik dari dalam umur 60 pun cantik itu masih kekal bersama korang. orang akan tetap pandang korang cantik.

bersyukur la dengan nikmat yang dia bagi. jangan terlalu sombong untuk ucapkan kalimah alhamdullilah. biasakan lidah korang dengan kalimah Allah setiap hari. solat 5 waktu. air wuduk yang korang ambil tu adalah 'alat solek' yang paling terbaik sekali. tak perlu la korang nak habiskan masa menempel bedak 1kg dekat muka. wajah korang tetap berseri tau even tanpa benda alah tu.amalkan. insyaallah kecantikan itu akan muncul dalam diri korang. jika dilihat sekarang cantikkah cukur kening itu? cantikkah mewarnakan rambut? cantik ke itu jika kuku berkalerpul? pikir la sendiri..bertahan ke semua itu? kadang-kadang..bukan.bukan.selalunya saya akan terpikir macamana diorang sembahyang kalau rambut,kuku berwarna,.......? mereka tak solat?????

tak perlu la dikejar kecantikan yang sementara itu. kejarlah kecantikan yang kekal abadi. semua orang itu cantik. yang hitam itu cantik. yang putih itu cantik. semua cantik. tapi.tapi..tak perlu la ditonjolkan kecantikan itu sehingga mendatangkan maksiat. jagalah kecantikan yang ada. tidak perlula diagungkan kecantikan rupa yang ada sehingga nak tunjuk dekat dunia anda seorang yang comel.anda seorang yang kiut miut.


cantik kan...

sekian..
p/s: terasa juga saya dengan entry ni even saya sendiri yang taip. moga iman saya masih kuat dengan perubahan ini. amin.

No comments:

Post a Comment