we have met for 7 years nobody knew we would say goodbye this easily but we did break up memories of our arguments remained for a long time
i don't know how we expected to see each other when we were so young because we couldn't help ourselves from changing they said it's painful when you say 'goodbye' but we couldn't even feel that we told ourselves calmly 'that's just how it is'
i cried as time passed at my ownregreting and missing you looking at myself with a different heart first as friends next as lovers it's true that they saywhen you break up that "it's hard to stay as friends"
still after that for 3 years we kept in touch once in a while even though i fell in love again with another person i always called you when i was sad just crying silently
telling you "you need to meet a good person too" when i didn't really mean it telling myself for nothing "maybe she still like me" i know we were both really innocent thet we can't have that kind of love again that it'll only remain as memories but once a while i feel a cold felling from you but i know very well there's nothing that i can do now hearing her words "i'm getting married now" for a while i was speechless and then i cried
they were you last words to me but " i love you" were the only words i wanted to hear
hot!!wow...cantik.. cantik?cantik?apa yang korang pikir bila orang cakap cantik? adakah terbayang wajah era fazira? maya karin? kalau korang nak tawu semua tu plastik je semata-mata.
apa itu cantik?
cantik ke?
cantik ke pic kat atas tu? masa search cantik. gambar ni ada je dekat list? korang rasa cantik ke?ini la yang dikatakan cinta itu buta. lagi membutakan mata hati korang. maybe bagi sesetengah manusia inilah yang dikatakan apa itu cantik. cantik kerana body dia yang........ saya tak nak komen apa-apa sebab memang sifat cantik itu sukar nak diukur. artis 'miskin' pun ada yang cakap cantik.puntianak jelmaan siang itu cantik.puntianak??laaaa..muka tebal dgn bedak tu kan puntianak! dah macam pakai topeng je saya tengok.tak perlu la diukur cantik tu sebab memang korang pening kalau pikir.lama-lama gila!
cukup kalau korang bersyukur dengan kecantikkan DIA anugerahkan. tak perlu la cakap muka engkau hot! tidak perlu la menanam hasrat dengki atas nikmat yang ada pada orang lain.jadilah manusia yang tahu bersyukur dan menghargai apa yang diberikan. memuji itu baik tapi jika pujian disulami niat yang 'kotor' mulia ke itu?puji la dengan niat yang ikhlas. korang dapat pahala tau. memuji ciptaan DIA itu pahala. tapi jangan la pula nak menonjolkan kecantikan yang ada pada korang. alangkah baik jika cantik itu datang dari dalam. perlu ke mengejar kecantikan luar? perlu ke botox sana sini? perlu ke cukur sana sini? perlu ke warnakan apa yang tidak sepatutnya? perlu jika untuk suami. dikatakan tak perlu tu bila niat hanya nak menunjuk-nunjuk dengan nikmat yang Dia bagi. sedar la esok hari belum tentu kau bangun rupa kau masih cantik. umur 60, muka kau dah berkedut. cantik ke? kalau rupa memang kompen tak.. tapi kalau korang seorang yang cantik dari dalam umur 60 pun cantik itu masih kekal bersama korang. orang akan tetap pandang korang cantik.
bersyukur la dengan nikmat yang dia bagi. jangan terlalu sombong untuk ucapkan kalimah alhamdullilah. biasakan lidah korang dengan kalimah Allah setiap hari. solat 5 waktu. air wuduk yang korang ambil tu adalah 'alat solek' yang paling terbaik sekali. tak perlu la korang nak habiskan masa menempel bedak 1kg dekat muka. wajah korang tetap berseri tau even tanpa benda alah tu.amalkan. insyaallah kecantikan itu akan muncul dalam diri korang. jika dilihat sekarang cantikkah cukur kening itu? cantikkah mewarnakan rambut? cantik ke itu jika kuku berkalerpul? pikir la sendiri..bertahan ke semua itu? kadang-kadang..bukan.bukan.selalunya saya akan terpikir macamana diorang sembahyang kalau rambut,kuku berwarna,.......? mereka tak solat?????
tak perlu la dikejar kecantikan yang sementara itu. kejarlah kecantikan yang kekal abadi. semua orang itu cantik. yang hitam itu cantik. yang putih itu cantik. semua cantik. tapi.tapi..tak perlu la ditonjolkan kecantikan itu sehingga mendatangkan maksiat. jagalah kecantikan yang ada. tidak perlula diagungkan kecantikan rupa yang ada sehingga nak tunjuk dekat dunia anda seorang yang comel.anda seorang yang kiut miut.
cantik kan...
sekian.. p/s: terasa juga saya dengan entry ni even saya sendiri yang taip. moga iman saya masih kuat dengan perubahan ini. amin.
Sunday, April 17, 2011
Duhai sahabat... Cinta itu di dalam hati... kita mempunyai sebuah rumah... Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu... Ada yang baik dan ada yang buruk. Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan, kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN, diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan. Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku... Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...
Dan ketahuilah duhai sahabatku... Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu, merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan... Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu, mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu... Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...
Kau gembira mendengarkannya... Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu... Apa yang akan kau lakukan ??? menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ??? Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti, dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui... Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ??? Sekalipun hatimu berat...
Pintalah sang CINTA itu pulang... Beritahulah kepadanya... : Maafkan aku... Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku... Kerana... Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya... Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku, yang Maha Pengasih...
Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku... kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku... Agar hilanglah gelisahmu, reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang warna-warna IMAN yang indah berseri... Terang dan menerangi... Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku... Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...
Kau tahu wahai CINTA??? Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......
Duhai sahabat.. ... Sungguh cinta itu indah, Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia... Tetapi bagi pelajar macam kita ??? Cinta itu biasanya hanyalah musibah...
Cintailah ALLAH... Yang sentiasa mencintaimu, memeliharamu dan mengasihimu... Saat mereka bertanya... Mengapa kau mencintai ALLAH ?
Katakanlah wahai temanku... Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku, memeliharaku dalam rahim bondaku, kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku... Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku... Dan mengukuhkan tulangku... Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku... Tutur bicara mulutku...
Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH... Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya... Hidup dan matiku....... Segalanya untukNya........
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
.......................................
"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."
YA ALLAH!pulun punya pratice tak sedar examination slip hilang what should i do?segala brg saya punggah..xckp brg saya.brg roomate pun sy 'selerakkan' menanggis?yes i am. saya 1st group. exam start 7.30am! even kedai print pun bkak 9am. hati ingat Dia je.moga2 ada keajaiban.
penat dah mencari.3round saya punggah benda yang sama.tak jumpa?esok xamik muet la mcm ni. ketar tangan.lutut dah lemah.mata keja nak nanggis je..badan macam nak demam segala macam.menanggis punya menanggis*bajet mcm nagis teruk je.
alhamdullilah..dalam saya dah give up.bukan putus asa.tp dah tak tau corok mana lagi nak cari.semua saya dah selongkar.almari baju pun saya selongkar.macam logik la pulak slip exam nak letak dalam almari baju?time ni apa pun tak boleh pikir janji jumpa je.
saya jumpa slip tersebut dalam laci tempat saya simpan selama ni. memang dalam laci tapi saya terpaksa bukak* tarik 1 persatu laci keluar sebab terjatuh dalam kotak laci. nak cakap mesti korang tak paham.sape ntah design meja ni.menyusahkan je. myb saya dah terjolok kertas ni msuk dalam then dia bukan sja masuk dalam laci saya malah jatuh dalam kotak yang selama ni saya tak sedar kewujudan ia.
time nak tarik laci 2 keluar. takut pula rosakkan bahan awam. tapi otak cakap "lantak la ni soal hidup mati aku" then..syukur saya berjaya dan dapat pasang semula laci tersebut. nanti saya snap pic laci 2. myb skunk korang tak boleh bayang kan. sapa la design nie!menyusahkan je.lain kali jgn la cipta ruang dekat hujung 2.
Monday, April 4, 2011
MUHASABAH CINTA..
Wahai pemilik nyawaku Betapa lemah diriku ini Berat ujian dari Mu Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar Indah nikmat sehat itu Tak pandai aku bersyukur Kini ku harapkan cinta Mu
Reff Kata kata cinta terucap indah Mengalir berdzikir di kidung do’a ku Sakit yang kurasa biar Jadi penawar dosaku
Butir butir cinta air mataku Terlihat semua yang Kau beri untukku Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Illahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku Lindungiku dari putus asa Jika ku harus mati Pertemukan aku dengan Mu