Wednesday, April 4, 2012

gunung jerai part 1

salam semua.

sebelum start story telling. dekat sini saya nak ambil kesempatan ucapkan tahniah kepada semua diploma student uitm kedah semester 6 sebab berjaya habiskan 3 tahun untuk segulung diploma. horeeeeeey!
saya susun sepuluh jari mohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan. yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu dari kelemahan diri saya. gonna miss all of you ' mood sedih '

sebelum meninggalkan bumi melbourne a.k.a merbok sebagai status seorang pelajar nak enjoy puas2 sebab tau dah kalau balik rumah jangan mimpi la nak enjoy bagai ni. dalam otak dah rancang macam2. salah satu rancangan kitaorang nak tawan gunung jerai. tak lengkap la kalau tempat yang dekat pun kitaorang tak pergi kan. alhamdullilah sebab ada geng2 KTU (kolej taman universiti) yang nak join jugak.

mula rancang nak bertolak awai pagi sebab nak tengok kabus. nak la jugak amik feelling macam dekat cameron kan. tapi disebabkan ada masalah sikit tunda pukul 11. biasa la janji melayu 11 maknanya 12. tapi saya sendiri manusia paling lambat. lambat sebab ada alasan (isi minyak).


kesian guys ni kena tunggu kitaorang serumah. sorry guys. kitaorang pergi isi minyak.bukan sengaja lewat




rasanya time ni diorang dah nampak umi dengan wawa dekat bus stop depan AIMS.

lepas semua orang berkumpul dekat AIMS. mula la ekspedisi menawan gunung jerai. konvoi dengan motosikal. segan pun ada juga. masing2 sendiri tak kenal satu sama lain. tapi mira dengan wawa dah kenal salah sorang dari budak2 KTU tu.



percaya ke tidak ni hakikatnya TS ni berjaya menawan puncak gunung jerai dan bukit bendera! cayalah



skuter ni pun taknak kalah juga. WVN tawan gunung jerai.



disebabkan bertolak pun dah lewat plus tunggu kitaorang serumah lagi. double lewat la sampai. dalam pukul 2 lebih baru sampai kaki gunung jerai. mula tu budak rumah saya cuma plan nak naik puncak dengan van sebab kitaorang tak planning nak lelama dekat puncak sebab nak pergi titi hayun lagi. tapi sebab budak laki suggest naik dengan moto. tetiba otak proses mampukah WVN naik puncak?? lastly capai kata sepakat umi bawak moto zaim.







tengah bincang nak naik puncak dengan moto ke van??



 dalam hati dup dap duuuupp taraaadap dah bila dengaq kata putus 'kita naik dengan moto la!' takde talian hayat lain ke? :(
macam tak yakin je dengan kemampuan diri. bawak beban belakang lagi (Mira)
Ya Allah jalan dia. memang turun bukit la kalau tak tekan brek tu. nasib ada bebudak laki follow. kalau tak memang mimpi la nak naik guna moto ni. van je mampu. masa naik tu pun mula2 guna gear 3 makin lama guna gear 2 je sebab dah mula curam. curam2 pun sempat lagi stop tengah2 pendakian tu sebab nak snap picture. selekoh tajam pulak tu alhamdullilah masa tengah landing tengah2 jalan tu takde kenderaan yang lalu.
then continue our journey. bila dah sampai kawasan muzium dari 7 buah moto yang tinggal cuma 6 je. WVN dah lepas ke puncak. laju bebenor dia tuh. zuppzaaap je hilang. stop kejap masa dekat kawasan muzium sebab ada yang nak pergi melabur.



cer cari benda tersembunyik. da jumpa contact :)* kompem ta jumpa

    




akhirnya! jam 3 lebih baru kami semua berjaya jejakkan kaki dekat puncak. first thing yang kitaorang buat adalah..... to be continue. 

No comments:

Post a Comment