Wednesday, November 28, 2012

my jubah's day.

Assalamualaikum..




Rasanya berturut turut saya update blog kan.
Alhamdullilah. 26 november 2012 hari tu saya selamat menjadi alumni UiTM. ohhh..yeah.ingat senang nak habiskan 3 tahun mengadap semua teori dengan angka. penat sangat. tapi sebab sedar tanggungjawab saya sebagai anak. i have no choice. tapi penat penat pun now i'm officially diploma in accountancy holder. Alhamdullilah. terima kasih Ya Allah.

bila result sem 6 keluar tu punya ketaq. Allah je tahu macam mana menggigil kaki tangan. siap tutup mata sebab takut nak tengok. dalam hati nak grad dengan kawan.nak dengan kawan! tak nak sorang sorang. :(
Alhamdullilah. now i'm here. saya tak pernah terpikir pun akan jadi sorang student akaun. bukan minat saya. family mungkin. i just follow them. kalau orang tanya saya sekarang pun saya sendiri tak tau minat saya. tapi masa diploma tu kawan banyak cakap minat saya pada bidang design. mungkin sebab kalau kelab buat program, saya selalu involve bahagian design. mungkin laaaa..

kadang kadang terlintas juga kenapa saya sambung diploma sedangkan saya ada pilihan untuk cut time masa lepas spm dulu. saya boleh sambung akaun di matrik.mungkin saya pilih jalan ni sebab bahasa. kalau saya sambung diploma akaun saya akan belajar fully in BI, matrik BM. seriously saya takut sebab saya sedar tahap BI saya. hacur weyh.tak tau kenapa bengap sangat nak paham bahasa penjajah tu. tapi kan bila masuk UiTM. pembelajaran fully in BI. like hell*ooomooo.

tapi semua tu tak dah sekarang. Alhamdullilah semua dipermudahkan. rasa normal je kalau nak speaking sekarang tapi satu je benda dari kecik tak boleh buang. pelat. ada masalah dengan R dan S. yeah..i tahu im just like lisa surihani.perasan. my big sis selalu cakap 'insyaallah niat baik Allah akan tolong'.





my jubah's days jatuh hari isnin. alaaaahh.. jumaat cuti sabtu cuti. tetiba ahad kena pergi kelas. isnin cuti balik. tak best la macam ni. tak puas hati. tapi disebabkan UiTM pun tak la kejam sangat. dapat perlepasan hari ahad. horaaaayy.. petang sabtu bertolak pergi shah alam. sebulan sebelum konvo tu dah survey hotel tapi angah cakap holl on dulu. dia nak survey lagi. ok takpe. seminggu nak konvo. fully booked. berapi je rasa. tula orang dah suruh booked awai taknak..bla.blaa.*tak puas hati. alhamdullilah dapat juga hotel dekat seksyen 13 if i'm not mistaken. pukul 12 macam tu kot check in hotel.

ahad pagi tu macam biasa pergi pasar shah alam dulu. dulu masa along dan angah stay dekat klang rutin hari ahad terjah pasar shah alam. pukul 8 harus terpacak dekat sana dah. takut nanti sesak.lepas tu pergi rumah sedara dekat banting tapi sebelum tu ke klang nak jumpa kak wati. tapi kak wati takde. lepak foodcourt busu kat kajang agaknya. so decide ke banting terus. makan besar dekat banting. anak teruna pun ramai je.phew.phew.

saya konvo sidang ke6 konvokesyen ke 77. sesi petang tak best tak best. sesak. tambah dekat tempat orang. kenapa tidak merbok! dalam dewan tu tido je sebab tak dengar apa yang dia cakap, sedar sedar semua pakat sorak sebab dah habis. lega. keluar tu cari family dan dia dalam lautan manusia. tak jumpa. tak sempat jumpa semua kawan sebab ada yang rushing nak balik dan ramai yang sibuk dengan gambar.rindu nak lepak macam study dulu tapi sebab sedar saya pun kena rushing balik kedah. ada banyak test menunggu. konon bawak buku tapi haram tak bersentuh dengan kulit buku pun.  

Tahniah buat semua kawan. terima kasih banyak untuk family. banyak sangat pengorbanan mereka. thanks untuk bunga dan hadiah.


my soul until end. i love them too much.


No comments:

Post a Comment