Thursday, July 25, 2013

pelik 2

manusia ni dilahirkan berperasaan. kalau yang tak de tu maknanya tidak berperikemanusiaan. OKU.hehe
dari marah sedey sawan jakun sewel sampai la ke gilaaaa..semua tu perasaan. kalau member aku cakap aku gila mean aku normal sebab aku berperasaan. sekali dia yang gila tengok aku cool je. mik kau!

tapi satu je yang mendatangkan kepelikan, bila ada perasaan takut. takut tu normal tapi takut pada benda tak sepatutnya abnormal. macam ni :

aku: weyh, kain kau ada apa tuh
kawan: hah?
aku: tu dekat kain kau tu, semut.
kawan: eeee....takuuuuuttt
aku: ??????

kalau yang tu aku tak boleh nak kata apa laaa.. dia mungkin terlebih perasaan. mungkin seorang yang suka berangan melampau. musykil aku sekarang ni bila perempuan harus takut pada lipas.

kawan: lipassss,,lipassss..
aku: hah? kipas? tuh yang pusing mende (tunjuk kipas)
kawan: lipas la bodo
aku: ohhhh..lipas bodo.lipas pandai mana?
kawan:@#$%^&
aku: astagaaaa..

macam tu la situasi bilamana lipas menjadikan rumah sewa aku sebagai highway dia untuk pulang beraya. wrong way. kadang kadang macam lipas sesat no way pun ada. itu yang buat kawan aku macam kera cabut bulu. melompat sana sini. selalu aku la jadi mangsa malam malam jadi hunter tangkap lipas ni. bila ada suara yang tonenya melebihi tahap normal manusia biasa contoh macam ni "AAAAANNNNNN".. aku dah boleh agak khidmat aku sebagai hunter diperlukan. kawan aku pernah pesan.

kawan: kau nanti kalau depan laki, nampak lipas. kau wajib jerit sambil buat gaya kau baru lepas selisih dengan zombie
aku: kenapa plak aku nak jadi sewel sampai camtu sekali?
kawan: kau kena pegang kata aku ni "perempuan dan lipas tidak sebulu"
aku: memang laaaa..dah nama aku manusia, dia lipas mana ada chemistry
kawan: bukaaaann.perempuan harus ada perasaan takut pada benda macam tu. baru terselah kewanitaan.
aku: kalau tak jerit?
kawan: kau bukan wanita!

terus pengsan kawan aku lepas tu sebab terlekat kasut saiz 6. apa punya teori dia ajar. lipas je pun bukan ular. dia nak gigit pun tak,sengat pun tidak, santau jauh sekali. kenapa takut? pelik. tapiii aku penah la buat research dengan menjadikan kawan kawan aku sebagai bahan kajian. rata2 jawapan yang aku terima geli, kotor,geli, kotor,geliii.kotor. pelik.apa guna sabun dekat kedai kalau tak boleh menghilangkan kotoran. geli tu aku boleh la kot terima akal. so wahai wanita sila jawab, kenapa lipas? kenapa tidak singa, harimau? lepas ni aku aku akan pastikan aku jerit ala-ala wanita bersalin sulung. baru terserlah kewanitaan kan. euw.

Wednesday, July 24, 2013

pelik

komunikasi dua hala itu penting macam pentingnya kau makan hari hari untuk kelangsungan hidup. itu penting. salah paham terjadi bila kau cakap lain orang cakap lain orang paham pun lain lebih kurang kau ayam dia itik. kau berkokok dia  diaaaa.. bunyi itik macam mana yerk? abaikan. paham kan. paling sengal bila aku cakap orang tak paham. aku cakap guna bahasa melayu bukannya bahasa ayam. itu boleh mendatangkan kemarahan. tapi kalau aku guna bahasa ayam cakap dengan ayam pun dia tengok aku macam tak puas hati. pelik..

di suatu pagi yang suci lagi bersih sedang aku bernafsu tengok buah cempedak di dalam pagar sambil menimbang tara untuk arwahkan waktu berbuka nanti. tiba tibaaaaa..jeng jeng* effect drum kasi suspen sikit. ada benda bersinar-sinar. apakah itu. sakit mata aku tengok. ini nak raya bukan tahun baru cina nak merah bagai. kita bukan di traffic light nak merah merah ni.apakah makhluk merah itu? banyaknya kaki..dikau lipan telah ganggu nafsu makan aku.

aku: ayah, lipan
ayah: tangkap laaaa..
aku: ayah, lipan
ayah: semalam 5 ekoq dok gaduh kat pokok jambu tuh.
aku: wow!!!sejak bila ayah perternak berani mati ni?
ayah: habis buah dia makan,tu rosak semua tu. nak bagi racun apa xtau
aku: ????? ayah, lipan
ayah: hah? (datang dekat) mana? mana? awat tak cakap awai2.ingatkan tupai tadi.
aku: @#$%%^&

ini pelik. sejak bila ayah tengok lipan macam tengok semut. aku yang cekal hati pun boleh luluh tengok merah badan dia tuh. ayah siap cakap lipan sekeluarga main gusti. pelikk.. ini la dinamakan komunikasi tidak berhala.  @#$%^& tu aku bukan mencarut. aku selawat je tuh. gila apa aku nak mencarut depan ayah. karang aku mangsa lepas lipan tu.

Friday, July 5, 2013

makcik oh makcik

Assalamualaikum.

dear mak cik,
saya sebenarnya tak tau macam mana nak susun ayat. saya bukan jenis manusia yang pandai bermadah. ayat saya cuma staright to the point. apa yang saya rasa itu yang saya cakap.maaf kalau surat saya menggangu mak cik memasak atau sibuk layan cucu. saya tau mak cik sibuk. hari hari mak cik sibuk dan tak kurang juga mak cik sibuk tentang saya.

makcik sekalian,
setiap petang saya lalu je depan pokok asam tu saya nampak makcik and the geng sibuk bersembang sambil cecah pelam (buah mangga). makcik cakap saya belagak.saya sombong sebab saya tak tegur makcik and the geng. makcik ingat saya tak dengar apa makcik cakap 'tuuuu..menonong je naik moto. kita orang tua pun tak tegur'. saya senyumkan je walaupun saya dengar. bukan saya taknak tegur tapi saya kesuntukan masa. saya balik 5.30 ptg.saya kejar asar.saya tak tegur makcik tapi saya sedekahkan makcik senyuman.kekadang saya tegur juga contohnya ' cecah pelam ke makcik?'. makcik cakap saya bodoh sebab tak nampak ke makcik cecah pelam buat buat tanya lagi. macam mana saya nak tegur makcik. baru nak panas enjin, enjin dah meletop.

makcik cakap orang muda sekarang makin kurang ajar. saya orang muda dan makcik cakap saya kurang ajar? mak cik.ooo mak cik. jangan kerana nila setitik saya dapat tempias sampai mak cik labelkan saya kurang ajar. macam mana makcik yang selalu sibuk tentang saya? tidak kurang ajar namanya tu? saya tak kenal makcik dan sebaliknya. sesuka hati makcik cakap saya kurang ajar sebab saya cakap kasar dengan makcik? tu jeeee.. dah memang volume saya kuat bila bercakap nak buat cernaaaa. kalau saya cakap 'makcik cantik la harini' pun makcik cakap saya kurang ajar. what a bullshit! saya puji makcik tapi makcik cakap saya kurang ajar? makcik cakap saya sindir makcik. makcik nak ke saya tegur hari makcik 'woit makcik, hodohnya!dah bekedut sana sini'. macam tu ke yang makcik nak? saya belum tempah tanah 7kaki lagi makcik.

saya sedar negara kita kaya sangat dengan budaya. budi bahasa itu budaya kita. tapi saya tak nampak dimana sopan yang makcik sebut tu. saya sedar saya orang muda. pengalaman saya cuma sikit kalau nak dibandingkan makcik yang 30 tahun lebih tua dari saya. tapi perbezaan tu tak bermakna segala perkara yang makcik cakap dan makcik buat tu betul. saya hormat makcik. tapi pernah makcik hormat saya yang muda ni? makcik cuma nampak saya sebagai orang muda yang selalu buat benda ikut perasaan dan cetek pengalaman. perkara semua tu tak halang otak saya untuk berfikir secara rasional bukan?. mana adab makcik yang makcik maksudkan tu? adakah dengan menokok tambah cerita biar jadi sensasi macam goreng pisang?

saya pun ada orang tua yang baya makcik saya tau macam mana orang baya makcik pikir. kami memang muda. pengalaman hidup kami selari dengan angka usia kami tapi tu tak bermaksud muda kami muda la pengalaman. berapa ramai sekarang motivator muda yang ada sekarang. ramai kan. semua anak muda nak berubah. tapi yg tua.opppppsss..berusia masih dengan adat resam yang kental didada. dihunus pedang pun masih setia berjuang. asalkan jangan mati adat. tak gitu makcik? saya cakap bukan bermakna saya ni manusia yang hidup tanpa adat. tipu laaa kan.

mana pergi statement yang tua dicontohi kalau yang tua tunjuk sikap yang boleh buat saya rasa ehhh..patut ke aku ikot ni? tua muda tak sama. usia membezakan tapi tapi saya macam tak boleh nak telan rulesss yang terlalu adat sangat tu. benda tu basic dari kecil tapi its ok kalau makcik ikut adat. ok je saya tengok adat melayu ni tapi kalau fanatik or taksub tu yang buat saya rimas. why not kita ubah sedikit cara kita. tak banyak yang saya minta.sedikit cuma. kenapa bila buat sesuatu yang dapat nama adalah adat? jangan buat benda ni, ni bukan adat kita. common la bila dengar benda macam tu kan. kita hidup berlandaskan apa sekarang ni? islam ke adat? bila mati kita ditanya adat ke?

ada haritu saya attend interview.belum sempat lagi duduk di kerusi yang disediakan tetiba seorang pakcik ni cakap " dah2 mai sini, orang kalau nak susun2 sijil semua tu dekat rumah bukan mai sini baru nak tengok semua tu". baru sampai kot. saya duduk sebab nak ambil file dah kena. takpe. dorang lebih berkuasa. siapa saya jika dibandingkan mereka yang menjaga kaunter kan.. ada akak sebelah saya phd or degree level tak ingat. terlupa bawa transkrip. memang salah dia kena marah sebab tak bawak kan. tapi bahasa yang dilemparkan tu macam keterlaluan. akak tu degree level mungkin salah dia. tapi ada sorang adik ni lepasan spm. kena 'basuh' lagi teruk. sangat teruk sampai nages ondaspot. tu first interview dia pernah hadir. normal la.semua orang buat salah tambah lagi benda baru. tapi nasib budak tu kurang baik sebab kena maki depan kami semua. kakak saya sampai cakap pekerja dekat situ nilai etika=0! pakcik tu berusia patutnya banyak pengalaman. takkan sebab banyak pengalaman lepas hilang terus nilai etika. sekali lagi kak saya cakap pakcik tu cakap pasal etika pakaian tapi diri sendiri tak ikut rules seorang kakitangan awam. WTH. no wonder kenapa mutu kakitangan awam selalu dilabelkan 'kurang ajar'.

apa yang saya tulis ni mungkin tidak betul dan betul. saya manusia. kadang2 saya terlepas pandang. saya orang muda. pandangan saya dari pengalaman yang cetek. jangan satu hari nanti anak muda hilang hormat dengan orang tua. kenapa? kerana orang tua telah hilang identiti yang mana nilai etikanya tinggi, berpengalaman dan layak dijadikan contoh.

sekian makcik.
saya harap makcik tidak kecik hati even benda tu telah pun terjadi

p/s: pandangan semata-mata tiada kaitan dengan yang masih hidup atau mati.






Saturday, June 15, 2013

Seminar Smart Financial Plan Construction

salam



Aku rasa ni lah entry tunggal yang express aku pernah update. nampak sangat aku suka buat 'hutang lapuk' kan. *sume benda nak term finance harini. bukan hape aku baru je lepas balik dari seminar financial blablaaaa.. dekat UiTM. compulsory. kalau tak takde maknanya aku nak serajin macam ni plus weekend.seminar ni 20% untuk carry mark for final so no choice we have to attend it even rasa macam ada yang tak hadir.

pagi tu 8.30-10 am aku ada test untuk QMT 425.usah dikenang perkara yang lepas. segalanya telah diusahakan. harap result better than test 1 even rasa peluang tu macam dah hilang tapi mana tau kan benda unexpected. kot2 masa mark paper aku madam dapat durian runtuh. berbunga hati mark paper aku. amin :)

lepas habis test terus balik rumah basuh baju. 3 baldi kau. patah pinggang aku dalam bilik air tu. mesin basuh dekat rumah sewa aku rosak. jadi terpaksa la sental dengan tangan. tak basuh karang tak berbaju aku nanti.tetttttttt.

pukul 2 terus bersiap untuk pergi seminar.bila tengok tajuk tu pun dah rasa down. aku ingat kot la madam nak cipta kelainan letak tajuk 'perkahwinan'. hah!!mau cerah bijik mata semua dengar. kan.kan..kan.logik la. nak kahwin pun kena ada financial planning.penting tu, karang tak pasal overbudget kau kahwin makan nasi garam.lepas kahwin merempat dengan bini bawah jambatan.susah tuu..
suka penceramah tu sebab dia backup kitaorang depan madam. 'terima kasih atas komitmen dan soalan yang ditanya'! hah..sudah, soalan yg ditanya? makhluk mana pula berani lemparkan soalan detik dan ketika tu.jangankan soalan reaksi yeeee.. pun belum tentu ada masa tu.pandai en penceramah backup.







 


 
dalam kelas sebelum ni dah dimaklumkan makanan akan di provide. punya la aku dengan roomate cipta angan-angan nak save budget makan malam untuk hari ni. sekali 3 ketul kuih je dapat. makan jelaaa labu.
lepas ni kena siapkan report untuk seminar ni. nampak macam study week juga la baru siap memandangkan next week aku dah penuh dengan test.disaster!



 dapat makan :))



 
ini skandal!









'bini-bini ku balik dulu' 


 
umi the roomate 



 
 nisah the panda. she's cute



 us

p/s: perot dah lapar.jemput makan

Saturday, June 8, 2013

we love third language!!..(pitam)

salam

sem ni dah second time belajar mandarin. sekejap rasa macam kacang hancur sekejap macam batu tukul dan sekejap sekejap sekejap eh bape banyak sekejap daaaa. bila nak exam ni macam2 perkara nak kena buat. actually last thursday we all pergi amanjaya tu je paling dekat 
misi siapkan scene untuk drama mandarin. pukul 11 gerak dari merbok.takde la berbatu bata jauh sampai boleh kebas bontot kan. 15 minit sampai sana.
jejak je kaki perut bunyi. lapar! 


sumpah tak tau nak makan apa. jarang sangat datang amanjaya mall ni sebab macam takde apa sangat pun. tapi kalau nak datang tu boleh je sebab sekarang banyak je kedai yang buka. barang pun boleh tahan dekat sana.aku beli roti alas perut je. roti je time tu paling simple and cepat sebab rushing nak siapkan kerja ..tapi spoil la roti tu.aku bukan cerewet sangat pasal makanan tapi memang roti aku tu taksedap.paham tak taksedap! hangit. berselera je aku tengok kengkawan makan roti diorang. hangit oh hangit.

ni kedai roti hangit yang aku makan tu..tssskkk.


lepas kenyangkan perut dengan roti hangit baru boleh buat keja :D
first, mintak izin dulu la dekat owner kedai yang kitaorang nak shoot tu.yela karang tak pasal2 sama nasib dengan kucing kurap dihalau dijalanan.kang tebal muka setaun. alhamdullilah, owner sume sempoi. senang je cakap terus kasi je.
xiexie!

semua jalan lancar. cuma manusia tertiba macam takde mall lain dekat SP tu. kenapa harini juga nak datang shopping. datang laaa hari lain.punya la tak puas hati kan. bajet bapak aku baru lepas tukar hak milik amanjaya mall tu je kan. kitaorang ada scene masa makan. time awal tu dah plan makan dekat foodcourt je. jimat. pergi foodcourt. maaaakkaii! ramainya manusia. kebulur ke semua ni?stressssss




 foodcourt. tak ramai?


turun ground floor. penuh juga. yang kosong,sunyi,sepi,serammmm cuma mahattan fish market je. nak masuk ke tak ni? eeeee..macam berat hati je nak masukkk.kawan cakap takpela kita buat scene lain dulu nanti decide lain.fuuuhh..lega!
lepas siap pergi balik foodcourt tu. ok la dari tadi even still macam ramai je. decide buat dekat foodcourt jugak. murah plus banyak pilihan. haruslahkan student memang pilih yang murah je. kau hengat aku berduit ke :(

bila shooting haruslah ada skrip kan.. karang tak pasal lain yang dikarang lain yang diucap. masa tengah pakat tengok skrip tu ada pakcik ni datang 'dah berasap ke?' aku dengan yang lain semua blurrr.
apa yang berasap ni? nak kata kami order makanan panas tak. kopi o jauh sekali. yang ada cuma kertas. pakcik tu ingat kitaorang tengah study.
 makan+study+outing=nerd. 
oh tak laaaa..memang tak la kan. aku kalau jumpa makanan study jatuh no 2. macam cikgu aku cakap dulu. buat keja tu kena sungguh2. kalau makan tu kena sungguh2. study pun sungguh2 la kaaann. 4.30 baru settle semua dan baru jumpa makanan.


 us












pergi beli kek untuk aku :)
happy birthday to me!
olok2 je. ada scene birthday aku. birthday haruslah ada kek kan baru real.

malam tu celebrate birthday olok2 aku. then esoknya continue untuk scene di taman permainan.
penat sangat. baru berlakon sikit penat je lebih.macam mana orang berlakon 345 bulan tuh.
aku baru 2 hari dah tido tak ingat dunia.



 us again



 ok lapar dah. :(


 the new bf i meet at there. ohsem

 
 happy birthday to me :D



Wednesday, May 22, 2013

April to May make it short.

assalamualaikum..



just make it short what happen on April to May. yes, opcoz im busy being student. mana nak hantar aseimen lagi, test quiz. tu belum kira mengejut punya quiz. heart attack betoi sem ni. this sem sangat banyak cuti. we only have 4 months to finish the syllabus and then sit for the EXAM. omaaaiii.tolak cuti wajib cuti buat sendiri.berapa kerat je pergi kelas. *dahku budak baik takpontengkelas.

cuti election la, midsem break n next coming week menuai padi wesak plus gawai. heaven when u can do nothing on your holiday but bila cuti balik sekali dengan buku tu. cacat terus nafsu melonjak nak tidur. macam la org lain tak banyak keja kan. overacting pulak dahhku.

last mid sem break ioull spend time dengan sis. lovely sis. rindu. yela dah sis tak boleh balik so adik yg comel ni kena pergi sana.puittttt..padahal ada agenda lain.hari jumaat start cuti terus ambil tiket petang konon plan nak sampai before maghrib. bajet macam naik jet je boleh sampai cepat. just blinking then taraaaaa sampai. in dream. tak sangka pulok jauh panggang dari plan. dalam pukul 9 baru sampai 2 jam lewat dari plan asal.  ni semua salah pakcik drebar tu bawak macam kura-kura. tak tau kenapa dia boleh bawak 60km/j atas highway. memang confirm la kematu bontot aku. dah la aku sorang je gadis time tu. awai2 lagi mak pesan jangan tidur.demi keselamatan aku. sekarang ni pun orang bukan kira bas bergerak ke hape kalau dia nak buat jahat mana2 boleh. so terkebil la bijik mata aku tahan ngantuk maha dasat. tapi derhaka juga aku tak ikut pesan mak. pakai langgar je rules. mengantuk disorongkan bantal.lena aku tak hengat dunia.







bukak mata. atas bas. masih bergerak.OK sambung tidur lagi. reply msg,dengar lagu,tidur lagi. bukak mata atas bas.masih bergerak.ahhhhh STRESS. bila nak sampai ni. kenapa la pakcik tu boleh pecut 60km/j. malam tau pulak bawak lelaju. siang kemain sopan kau. angah pickup dekat pudu. betoi2 belakang bontot bas. terbaik. then balik rumah. ni kira 1st time aku pergi rumah angah+along sebab before ni angah stay ipoh dan tu kira baru seminggu dia jadi warga kl. balik rumah rest mandi makan. along ajak pergi danau. nak cari kain. orang nak kawin la kaann.jeles. masa dekat pasar tu pemes kejap aku.malu.

esoknya ke mid, habiskan voucher buku tertunggak. settle. kesian dekat awak. datang tapi cari saya tak jumpa. macam running man pula boleh pusing midvalley tu cari wanted person macam aku ni.tak berjodoh aku nak jumpa kawan. terjumpa lain pula, kawan aku masa sekolah rendah dulu dgn her bf .Masmiza. cantik. mak andam coit! patut la segak semacam je. siap offer makeup aku kawen nanti kot. terbaik la. save dah budget. :)

time aku pergi tu Malaysia tengah berpilihanRAYA. so memang jalan sesak yahamat tambah2 hari tu hari penamaan calon. sesak juga kepala aku yg menengok ni.masa ondaway ke putrajaya tu pun macam2 aku tengok. dengan basic ethic atas jalan boleh sesuka hati kau langgar. hon sana sini. paling aku tak suka part hon. aku sampai takde sense nak bezakan mana 1 hon tak puas hati, mana 1 hon beri lalulan teguran,makian. end of politician!

went to ukm to pickup arif lepas tu terus ke putrajaya. ramai orang. mayb sebab weekend plus petang. lepak sampai maghrib then terus pergi isi perut. mula nak lepak dekat foodcourt busu. tapi hujan. alhamdullilah. ondaway pergi tu hujan macam dah reda sikit. badnews bila dapat tau busu dah jual foodcourt tu. =_=
try mealball abg burn yg digempar gemburkan sedap tu. mayb bukan taste aku kot. biasa je aku rasa. 6 ketul tu aku tolak bahagi campur darab dengan orang sebelah ambil masa sejam juga nak hadam.








isnin tu aku balik kedah. bertuah aku 2org guy ni sanggup tunggu aku berjam2 sampai la aku naik bas. ok fine. double trouble masalah aku dengan bus ni. apalah nasib aku malang sangat bila naik bas ni. aku beli seat single. sekali bas rosak. ditakdirnya aku naik bas tambahan plus no single seat. balik rumah ngadap buku lagi. rolling.

best bila pilihanraya ni sebab best tengok pesta bendera je. seminggu uitm kasi student cuti. hebaaakk kan. orang balik mengundi. aku balik lontar bola masuk longkang. minggu lepas ada la dapat tawaran untuk exam penolong juruaudit. mostly kawan2 aku ramai je dapat. badnews dia bila aku terpaksa study balik benda yang aku dah tinggal setaun lepas plus translate in BM. susah. macam baru budak start learning je. i try to do my best. so just let it be mujahadah. for me define as mudah je lagipun dah all out everything  so just wait for the result. Allah tengok usaha bukan natijah. sebab hasil tu Allah yang bagi sebagai rezeki. kalau itu rezeki aku Alhamdullilah.amin. apa yang penting USAHA. ;p



zaijan...

p/s: melawat orang sakit. <3>






Monday, February 25, 2013

please dont skip your breakfast


"sarapan adalah waktu makan paling penting sekali"

selalu dengar ayat ni? selalu kan. selalu juga buat tak endah. kalau tak kat tb mesti mak cakap. cikgu sekolah pot pet sebab masuk kelas tak sampai pukul 9 dah mandom semua. macam saya dulu. cikgu masuk je, tak sempat panas bontot lagi semua dah pakat rukuk. terus kena label beku,lesu, kaku. tapi yang kaku beku ni juga harumkan nama sekolah taaaaauu..

tak payah saya tekankan kepentingan sarapan atau nama glemer breakfast sebab semua orang dah sedia maklum namun dek kerana gaya hidup moden sekarang yang membuatkan 24 jam tu rasa cepat sangat. agaknya kena tambah jadi 30 jam kot kan kan.. sibuk sangat sampai kita selalu skip sarapan. tak pe pujuk diri sampai sekolah/office nanti sarapan la. tapi dasar tak sedar diri,untuk sampai sekolah ambil masa 15minit. bertolak pun 7.30. elok sampai pintu pagar sekolah, loceng bunyi lepas tu perut pun ikut bunyi.hamik kau bangun lewat merana la nak tunggu rehat. skip lagi sarapan. nak cakap sebab tak sarapan ni banyak sangat sampai tak terkira alasan untuk skip sarapan ni kalau cikgu tanya dulu. antaranya:

  • saya lewat bangun tidur laaaa cikgu. tak sempat sarapan.
bangun lewat? tak subuh yeeeee..kena buuu sekali dengan budak kelas. lepas tu pulun laa cover cakap saya tidur lepas subuh tadi. eleh..alasan .zaman sekarang alasan ni dah tak boleh diguna pakai tau cikgu/lect/bos sekalian. kedai serbaneka sekarang dah belambak. bersepah sampai tak terkira dengan kuku kaki tangan. dah ondaway nak pergi office/sekolah/uni tu singgah la kejap beli roti ke buah ke. kalau dapat buah pisang sebagai sarapan pagi pun dah okey sebab pisang mampu memberikan tenaga yang mencukupi. tapi kena ingat la jangan makan macam sebulan tak jumpa makanan. tiada salahnya kalau nak prepare sarapan pada malam sebelumnya untuk elak situasi ni dari berlaku.
  • malas bangun pagi atau nak jimatkan duit. saya akan sarapan waktu makan tengahari dan we call it as 'BRUNCH'
hahaha..ini kelakor. macam kena batang hidung sendiri je. budak IPT mesti selalu buat ni. benda biasa la kan. malam stayup lepas tu bangun pun matahari atas kepala dah. yang sebenarnya perkara ni tak sepatutnya kita buat. adesh..terasa. Brunch ni mendorong kita untuk makan lebih banyak untuk menggantikan sarapan yang kita skip tadi dengan cara gabungkan sarapan+ lunch. lepas makan tido. lepas tu pakat jemaah ternak lemak. tarrrraaaa.. lahirlah sorang lagi rakyat obesiti.
  • saya abaikan sarapan sebab nak turunkan berat badan
nak kurus tapi skip sarapan. terbaik! kajian telah menunjukkan berat badan orang yang skip sarapan lebih mudah naik berbanding dengan mereka yang bersarapan. skip sarapan pagi akan menyebabkan kadar metabolisma badan berkurangan dan jejaskan pembakaran kalori. selalunya golongan ni akan makan dalam keadaan luar biasa pada waktu makan seterusnya contohnya makan macam orang bela saka..eeeewww..seram. untuk sesiapa yang nak turunkan berat badan tu sila la kekalkan tabiat sarapan tapi sesekali tu tukar la menu. hari hari bagi roti pun naik muak weeeii :(
  •  sarapan buat saya menggantuk.
perkara ni auta je sebab kanak kanak yang ambil sarapan contohnya macam saya ni *aceceeee puji diri sendiri selalunya aktif berbanding dengan mereka yang tidak. fakta tau! isu mengantuk sebab ambil sarapan tu kerana we all malaysian ni sarapannya nasi lemak, roti canai kuah lebih nasi goreng mee goreng mamak.. memang mangantuk disorong bantal laaa. adoi..kena lagi. itu sebab beku lesu kaku je pergi sekolah dulu kan.

"kerana diriku begitu berharga" dan disebabkan ada kelapang masa yang amat sangat. rajin la pulak diri ni google menu sarapan. bukan nak turunkan berat badan. tapi saja nak try amalkan diet seimbang. badan dah 22 tahun ni rasa lain la pula. sakit sana sakit sini. macam kereta tak pernah kena servis je. tak nak la nanti rasa jadi nenek anak sendiri bila ngatar dia pergi sekolah. bila cikgu tanya "ni nenek sekian sekian ke?".. sudahhh..rasa macam kena panah petir je. terbakorrr..tidak tidak..so kena la jaga dari sekarang.

  • OAT
semua orang dah sedia maklum khasiat oat kan. selalu sangat tengok amy mastura dok pot pet pot pet dekat tb tu.tapi buat tak endah je. bukan apa. tengok dekat tb macam sedap. siap ada strawberry, blueberry, berbbrryy. tapi bila buat jauh panggang dari api tak sedap weyh..penipu! tak sedap pun. *hentak kaki tak puas hati. oat ni salah satu makanan nabi dulu.

  • kekacang
selain oat, kita boleh tukar pada makan roti bakar atau roti gandum juga. makan la nak makan dengan apa pun. ikut tekak masing masing la. karang keluar fatwa "awak kalau makan roti WAJIB dengan mentega kacang!". tersembul bijik mata karang orang alah mentega kacang. tak merasa la hidup kau merasa kenikmatan roti. tettttt..tapi mentega kacang cara terbaik untuk dapatkan protein dan serat.
  • buah buahan
selain sayur,buah buahan adalah makanan yang paling baik. memang la sayur adalah terbaik tapi agak agak la nak gigit sawi pepagi buta sambil galas beg 3 tan pegi sekolah. sawan namanya tu. sarapan ni selalunya kita masih dalam keadaan mamai jadi selera tu kurang sikit. kira macam sahur la. bangun je terus mak paksa makan nasi. kunyah pun mata terpejam lagi. jadi apa kata makan buah dengan yogurt. sedap. tekak saya la. orang lain tak tau.
  • telur
dulu selalu juga buat. telur separuh masak taruk kicap. huh..nikmat! tapi nikmat tu tak panjang. ayah marah. takut anak dia jadi anak ayam daging sebab telur tinggi dengan kolestrol. tapi telur turut sumbangkan protein yang cukup untuk tubah badan manusia seharian. sekali sekala boleh la.
  • smoothie
masa google tu kelip mata 2 3 kali. betul ke? macam tak caya je.kalau macam ni kena cakap kat mak. boleh minum hari hari. sedapnyaaa..kira sarapan dengan smoothie satu trend baru. biasanya nak buat smoothie ni gunakan buah buahan segar macam strawberry,beri,pisang,mangga yang dikisar dengan yogurt. boleh tambah coklat kalau suka. *meleleh air liur. kat rumah ada pisang. macam boleh tercapai je saya sarapan dengan smoothie esok. sengih sensorang. tapi selalu kalau sendiri buat mesti tak sedap macam kedai buat. kenapa yerrr? ada petua ke? padahal ikut cara sama je. aneh ni.

skip sarapan ni boleh bawak kesan kepada kita. contohnya mudah kena serangan penyakit gastrik, kanser usus,kanser perut. saya pun golongan tu sedar pun diri. dah banyak tahun merana gastrik ni. teruk tak teruk sangat la tapi pernah la merasa tidur dalam jamban dan parking lot dekat rumah sewa dulu.



sebab rasa insaf la kot tetiba post entry ni. adik adik mana masih muda tu jaga makan,sarapan dulu sebelum pergi sekolah tu. nanti tak pasal kena label beku lesu kaku. gneeeengeeee..

Tuesday, February 19, 2013

seminar

salam

pejam celik dah masuk 2013. ni kira mukadimah saya bagi tahun 2013. hopefully tahun 2013 membawa seribu keberkatan buat saya sebagai seorang manusia.amin. pikir 4567899 poloh kali juga nak updatebelog ni sebab saya dah hilang cara nak menaip dekat belog ni. setahun tak menaip dah hilang skill 2 tahun tak menaip rasanya hai bye bye la kau belog. delete.

saya mulakan dengan cerita cerita basi dulu.cerita fresh simpan tunggu basi baru update.cerita tahun lepas 2012 kita cerita tahun 2013. itu namanya cerita lapuk. orang taknak baca dahh.buat laaa cerita baru.. hado haku kesah! taun lepas iaitu tahun 2012 saya arrange 1 seminar. seminar ni projek saya untuk subjek MGT538. kau nak ke taknak kena paksa juga diri jadi rajin. nak amik hati mak mentua kena la rajin kan kan bla..blaa *merepek

20% mark adalah dari community service. sebelum ni kami (classmate) dah handle 1 event. tajuk dia dah lupa. agaknya 'menabur kasih menyemai benih' kot ? biar betul. hehehehe

tipu je. tu idea kotor classmate je. 'menabur kasih menyemai bakti' tak silap saya. event ni lebih kepada gotong royong ala-alaa relax goyang kaki tanpa perlu penat mencuci tapi penat berlari. alhamdullilah event berjaya. berjaya la kot sebab result pun belum keluar nak tahu berjaya ke tak kena tengok result.event ni kami bergabung kelas dengan kelas lain tapi sama course. mula tu agak dingin dan macam-macam rasa yang tak pernah wujud tetiba time tu la nak muncul but still boleh control. alhamdullilah event 1 hari di kg kubang pasu dah selesai. terima kasih kepada seluruh warga kubang pasu terutama pak jang (jkkk) sebab banyak sangat bantu kami dari mula sampai habis. tak lupa kepada semua exco yang 3 minggu kena ulang alik dari kg kubang pasu even saya tunjuk salah jalan pun mereka still senyum dalam paksa jelaa. kang tak tunjuk jalan baru hampa tau. maen ugut ugut.

maaf la gambar untuk aktiviti di kubang pasu tak dapat dipaparkan.

penat bergotong royong saya balik kampung. sampai je rumah dapat mesej. 'malam ni kita ada meeting, kau jd exco publisiti'. baru tarik nafas lega time tu rasa mcm semput balik macam kereta tak kena servis duapolohpat tahun. tapi syukur alhamdullilah saya diberi kepercayaan untuk jadi exco program seminar pula. seminar ni berkenaan adab makan di hotel. dah nama adap makan di hotel. mesti la tempat kat hotel kan. takkan dekat mamak. kat mamak tak pakai napkin tu semua. kalau pakai pun baby je. tu pun kalau mak dia tak lupa bawa.

seminar ni menarik tapi masa berlaku tu tak berapa menarik.hilang terus mood nak berseminar seminggu lagi nak study week. masa tu la nak test masa tu presentation semua masa tu laaa. dalam tempoh seminggu rasa macam setahun. malam bertukar siang. bila siang jadi mamee monster. terkelip kelip bijik mata dalam kelas. paksa jela mata jadi bulat walaupun tau benda tu mustahil.selalunya kelas sir mustapa la jadi mangsa. kalau kelas sejam 50 minit. 15 minit pertama je otak mampu menyerap segala ilmu. lepas tu rasa macam bunyi lalat je nyeeeenyeeee lalu. kroookrooo..macam mana la nak dekan keja tidur je. sorry sir.

vanue: swiss-inn hotel. sungai petani
theme: formal


sesi seminar tu berlaku pukul 4 lebih kurang macam tu. biasa la pukul 3.30 ke pukul 4 pukul 4 ke 4.30. normal la dekat malaysia kan.teeeeeettt.malas komen isu tu. sekejap je seminar untuk sesi petang. macam sesi panas badan kuku tangan je. acara sambung lepas maghrib. kesian dekat classmate sebab minum petang tak disediakan. budget tarak. terpaksa la tahan perut. malam tu melantak puas puas tahap tak hengat dunia. makan untuk petang dan malam sekali. hamek kau perut menboyot je balik rumah. kalah pompuan mengandung 9bulan 10 hari.

masa seminar malam tu fokus tu 15% je. lagi 75% melayang. dalam otak makan makan dan makan. mana makanan ni, kenapa serve makanan lambat sangat. bagaimana rupa makanan tu? agak2 makanan tu sedap tak.



1st menu.
 Salmon Tartar with Crab Meat and Watercress Salad
1st impression. TAK SEDAP!
katakan TIDAK kalau ada menu ni.
 rasa makan taugeh mentah je. masuk boleh tapi bila telan omaaaakk pahit. hilang selera terus. mostly dalam pinggan semua penuh je macam tak kena usik. tengok rupa pun dah hilang selera.
tapi kalau orang diet. hah! ni la menu dia.


2nd menu 
Mediterranean Seafood Soup.
 ini sup ke kuah kari. kan bagus kalau dia serve roti canai sekali. baru uuurrrmph.
spoil spoil




3rd menu
 Stuffed Chicken Breast, Garlic Potato, Sautéed Vegetables and Mushroom Cream Sauce.
ayam dia sedap tapi rasa macam tertumpah bawang putih je.
ok la bagi perut lapar.


pengarah dan setiausaha program.







yang baju kurung hijau tu miss saya. eh..madam dah la. baru seminggu time ni. tahniah madam. dia ngaja saya dari diploma lagi. nway thank you madam bagi A dekat saya untuk subjek ni. hehehe.



nisah sangat menepati theme malam tu.














eh.eh. tetiba ada 2 budak comel tanya soalan. :)
nak cari markah lebih. terpaksa la buat macam fokus lepas tu akhir majlis tanya soalan yang boleh buat kepala berpusing 90 darjah contoh dia nak makan nasi guna tangan ke sudu ada juga kena hempuk dengan meja 


en.penceramah. *lupa nama.





terima kasih daun keladi kepada semua pihak yang dah jayakan dua program ni. alhamdullilah. nasib lulus cemerlang subjek ni.