Assalamualaikum.
dear mak cik,
saya sebenarnya tak tau macam mana nak susun ayat. saya bukan jenis manusia yang pandai bermadah. ayat saya cuma staright to the point. apa yang saya rasa itu yang saya cakap.maaf kalau surat saya menggangu mak cik memasak atau sibuk layan cucu. saya tau mak cik sibuk. hari hari mak cik sibuk dan tak kurang juga mak cik sibuk tentang saya.
makcik sekalian,
setiap petang saya lalu je depan pokok asam tu saya nampak makcik and the geng sibuk bersembang sambil cecah pelam (buah mangga). makcik cakap saya belagak.saya sombong sebab saya tak tegur makcik and the geng. makcik ingat saya tak dengar apa makcik cakap 'tuuuu..menonong je naik moto. kita orang tua pun tak tegur'. saya senyumkan je walaupun saya dengar. bukan saya taknak tegur tapi saya kesuntukan masa. saya balik 5.30 ptg.saya kejar asar.saya tak tegur makcik tapi saya sedekahkan makcik senyuman.kekadang saya tegur juga contohnya ' cecah pelam ke makcik?'. makcik cakap saya bodoh sebab tak nampak ke makcik cecah pelam buat buat tanya lagi. macam mana saya nak tegur makcik. baru nak panas enjin, enjin dah meletop.
makcik cakap orang muda sekarang makin kurang ajar. saya orang muda dan makcik cakap saya kurang ajar? mak cik.ooo mak cik. jangan kerana nila setitik saya dapat tempias sampai mak
cik labelkan saya kurang ajar. macam mana makcik yang selalu sibuk
tentang saya? tidak kurang ajar namanya tu? saya tak kenal makcik dan
sebaliknya. sesuka hati makcik cakap saya kurang ajar sebab saya cakap
kasar dengan makcik? tu jeeee.. dah memang volume saya kuat bila bercakap nak buat cernaaaa. kalau saya
cakap 'makcik cantik la harini' pun makcik cakap saya kurang ajar. what a
bullshit! saya puji makcik tapi makcik cakap saya kurang ajar? makcik
cakap saya sindir makcik. makcik nak ke saya tegur hari makcik 'woit
makcik, hodohnya!dah bekedut sana sini'. macam tu ke yang makcik nak?
saya belum tempah tanah 7kaki lagi makcik.
saya sedar negara kita kaya sangat dengan budaya. budi bahasa itu budaya kita. tapi saya tak nampak dimana sopan yang makcik sebut tu. saya sedar saya orang muda. pengalaman saya cuma sikit kalau nak dibandingkan makcik yang 30 tahun lebih tua dari saya. tapi perbezaan tu tak bermakna segala perkara yang makcik cakap dan makcik buat tu betul. saya hormat makcik. tapi pernah makcik hormat saya yang muda ni? makcik cuma nampak saya sebagai orang muda yang selalu buat benda ikut perasaan dan cetek pengalaman. perkara semua tu tak halang otak saya untuk berfikir secara rasional bukan?. mana adab makcik yang makcik maksudkan tu? adakah dengan menokok tambah cerita biar jadi sensasi macam goreng pisang?
saya pun ada orang tua yang baya makcik saya tau macam mana orang baya makcik pikir. kami memang muda. pengalaman hidup kami selari dengan angka usia kami tapi tu tak bermaksud muda kami muda la pengalaman. berapa ramai sekarang motivator muda yang ada sekarang. ramai kan. semua anak muda nak berubah. tapi yg tua.opppppsss..berusia masih dengan adat resam yang kental didada. dihunus pedang pun masih setia berjuang. asalkan jangan mati adat. tak gitu makcik? saya cakap bukan bermakna saya ni manusia yang hidup tanpa adat. tipu laaa kan.
mana pergi statement yang tua dicontohi kalau yang tua tunjuk sikap yang boleh buat saya rasa ehhh..patut ke aku ikot ni? tua muda tak sama. usia membezakan tapi tapi saya macam tak boleh nak telan rulesss yang terlalu adat sangat tu. benda tu basic dari kecil tapi its ok kalau makcik ikut adat. ok je saya tengok adat melayu ni tapi kalau fanatik or taksub tu yang buat saya rimas. why not kita ubah sedikit cara kita. tak banyak yang saya minta.sedikit cuma. kenapa bila buat sesuatu yang dapat nama adalah adat? jangan buat benda ni, ni bukan adat kita. common la bila dengar benda macam tu kan. kita hidup berlandaskan apa sekarang ni? islam ke adat? bila mati kita ditanya adat ke?
ada haritu saya attend interview.belum sempat lagi duduk di kerusi yang disediakan tetiba seorang pakcik ni cakap " dah2 mai sini, orang kalau nak susun2 sijil semua tu dekat rumah bukan mai sini baru nak tengok semua tu". baru sampai kot. saya duduk sebab nak ambil file dah kena. takpe. dorang lebih berkuasa. siapa saya jika dibandingkan mereka yang menjaga kaunter kan.. ada akak sebelah saya phd or degree level tak ingat. terlupa bawa transkrip. memang salah dia kena marah sebab tak bawak kan. tapi bahasa yang dilemparkan tu macam keterlaluan. akak tu degree level mungkin salah dia. tapi ada sorang adik ni lepasan spm. kena 'basuh' lagi teruk. sangat teruk sampai nages ondaspot. tu first interview dia pernah hadir. normal la.semua orang buat salah tambah lagi benda baru. tapi nasib budak tu kurang baik sebab kena maki depan kami semua. kakak saya sampai cakap pekerja dekat situ nilai etika=0! pakcik tu berusia patutnya banyak pengalaman. takkan sebab banyak pengalaman lepas hilang terus nilai etika. sekali lagi kak saya cakap pakcik tu cakap pasal etika pakaian tapi diri sendiri tak ikut rules seorang kakitangan awam. WTH. no wonder kenapa mutu kakitangan awam selalu dilabelkan 'kurang ajar'.
apa yang saya tulis ni mungkin tidak betul dan betul. saya manusia. kadang2 saya terlepas pandang. saya orang muda. pandangan saya dari pengalaman yang cetek. jangan satu hari nanti anak muda hilang hormat dengan orang tua. kenapa? kerana orang tua telah hilang identiti yang mana nilai etikanya tinggi, berpengalaman dan layak dijadikan contoh.
sekian makcik.
saya harap makcik tidak kecik hati even benda tu telah pun terjadi
p/s: pandangan semata-mata tiada kaitan dengan yang masih hidup atau mati.
No comments:
Post a Comment