Wednesday, February 12, 2014
Tuesday, February 11, 2014
Dia Yang Maha Berkuasa
ketahuilah, setiap yang hidup itu pasti merasai mati!
aku pelik dan hairan kenapa mati itu dipandang umpama titik pengakhiran sedangkan itu permulaan bagi sebuah kehidupan yang nyata. dunia ini jika dipandang dibelek ditilik satu penipuan dan kematiaan itu nyata. tapi aku tak mampu untuk merubah penipuan itu sebab aku juga mangsa penipuan itu.
aku merasai kehilangan. kehilangan seseorang yang melalui fasa kematian. kematian yang aku kira pertama kali dalam penipuan ini yang maha dasyat bahananya. kau tidak akan faham jika kau belum merasai fasa tersebut. aku bukan tuhan yang mengawal segala yang hidup atau mati. aku bukan power rangers yang punya kuasa. paling aku benci jika manusia menjatuhkan hukum atas kematian itu. bagaimana?
"ali mati sebab kemalangan"
aku manusia dan aku bukan tuhan. aku ada beberapa soalan yang aku pendam buat makhluk tuhan umpama ini.
"siapa yang jadikan kemalangan itu berlaku?"
"siapa yang mencabut nyawa?"
"siapa tuhan kau?"
dan "siapa kau dan apa kuasa kau?"
kalau setakat kau boss manager perdana menteri sekalipun aku tak pernah takut sebab kuasa "kunfayakun" bukan ditangan kau. jadi apa hak kau untuk menjatuhkan hukum. jangan jadi manusia yang tidak bertuhan. umpama kau lembu tidak bertuan. aduh..kasihannya.
agama aku islam. tuhan aku yang satu Allah. cukup untuk buat aku jadi manusia yang tahu hukum tuhan.

istiqamah perempuan
rentetan hidup yang aku laluai acapkali buatkan kepala hotak ni berpusing. kalau dulu kecik kecik jatuh tangga terhantuk dinding ratusan kali aku masih cool. tak hadap bende semua tu. nages? ada sekejap je tu. apa kau ingat aku manusia tanpa perasaan. dah kalau seratus kepala kau terhantuk tidak ke senget otak dari paksi asal.
tapi semua cerita dulu. sekarang...
aku sering jatuh ditimpa tangga. sudahlah jatuh dihempap pula tangga. bertimpa-timpa. sekali. tidak. dua kali? pun bukan. berkali-kali. banyak. makin meningkat usia makin banyak tangga yang aku dah rasa. cuma tangga ke kubur aku belum try. itu kemudian.pasti! aku makin sedar makin tua diri ini makin matang la cabaran yang kau bakal tempuhi. alah kalau kecik dulu kau cakap jatuh lantai itu sakit, sekarang kau bakal cakap benda tu la paling kau nak. sakit dulu sakit sekarang lain. cabaran dulu cabaran sekarang lain. kalau dulu aku makhluk tuhan yang paling nakal. sekarang tidak. ye keeee?
aku cuba untuk jadi baik. semakin aku cuba semakin banyak dugaan yang datang bertimpa. makin kau baik makin power la setan cuba hasut kau sebab tu aku selalu tergoda. sepatutnya semakin banyak dugaan yang datang semakin dekat aku dengan tuhan. aku bukan perempuan baik tapi tidak pula aku jahat. kau paham tu? aku rasa aku jahat tapi orang pandang aku baik.well. aku tak puji but orang cakap aku iye jela.
baru baru ni aku dihempap tangga yang aku kira paling berat penah aku pikul. tak tertanggung hingga sekarang. mungkin aku pikir itu tangga paling berat didunia ni gamaknya. aku alpa. banyak lagi dugaan berat yang diuji. aku bukan isteri nabi dan aku bukan siti khatijah yang sabar menempuhi segala dugaan. sabar aku senipis kulit bawang. sekali bah datang melambung aku. tapi aku tak pernah berhenti untuk berubah dan acapkali aku berubah acapkali juga aku sesat. jalan yang aku pilih kekadang bercabang dan bila aku mula senang dengan jalan lurus yang aku pilih bila tiba di persimpangan aku sesat. mana patut aku pilih dan tika itu la si setan durjana sesatkan aku. aku lalai. ye aku tahu tapi ego dan nafsu bermaharaja.
baru aku faham apa yang orang katakan. "nak berubah kena istiqamah". sekarang aku faham susah senang istiqamah tu. apa kau ingat sekali kau bercakap terus merubah diri kau? aku bukan tuhan yang punya kuasa merubah segalanya.
aku patut bersyukur kerana aku insan terpilih untuk diuji.Alhamdullilah. tapi aku bukan orang besi untuk tanggung tangga seberat bertan-tan. aku cuma insan kerdil yang hanya mampu menadah tangan dengan rasa malu untuk meminta. apa yang berlaku hanya tinggal sejarah. semua sudah terjadi. bilamana nama sejarah sudah tidak mampu diputar semula. yang aku faham. hidup aku harus diteruskan. kalaupun aku hidup sebatang kara didunia ini. aku masih punya Dia tempat bergantung. biarpun ada mulut yang berbicara nista. tak mengapa. aku masih ada Dia. Tuhan Yang Satu. Dia mampu merubah mulut nista kepada manusia yang punyai peradaban.
aku masih berharap semoga esok bukanlah mimpi. hidup aku kerana Dia. aku masih punya keluarga yang sayangkan aku. aku capai buku baru. aku cuba kutip semangat untuk teruskan hidup. aku dekatkan diri dengan Maha Pencipta. tapi makin lama makin malap semangat yang aku kutip. aku fikir bukan senang untuk istiqamah. hebat sungguh manusia yang istiqamah sehingga pengakhiran. syabas!
cukup laaa.. sekejam seberat mana sekalipun fasa yang aku lalui. cukup! aku tak sanggup duduk sini lama-lama. aku perlu berubah. aku kena berusaha untuk istiqamah. mohon tuhan beri aku peluang dan peluang. jika ujian itu caranya. aku redha. siapa aku untuk menilai dan siapa kau untuk menghukum. jangan menghukum jika kau belum kenal siapa itu tuhan.
aku nak bangkit! aku harus bangkit! yaaaa..aku bangkit untuk esok.

Subscribe to:
Posts (Atom)