Tuesday, February 11, 2014

Dia Yang Maha Berkuasa

ketahuilah, setiap yang hidup itu pasti merasai mati!

aku pelik dan hairan kenapa mati itu dipandang umpama titik pengakhiran sedangkan itu permulaan bagi sebuah kehidupan yang nyata. dunia ini jika dipandang dibelek ditilik satu penipuan dan kematiaan itu nyata. tapi aku tak mampu untuk merubah penipuan itu sebab aku juga mangsa penipuan itu.

aku merasai kehilangan. kehilangan seseorang yang melalui fasa kematian. kematian yang aku kira pertama kali dalam penipuan ini yang maha dasyat bahananya. kau tidak akan faham jika kau belum merasai fasa tersebut. aku bukan tuhan yang mengawal segala yang hidup atau mati. aku bukan power rangers yang punya kuasa. paling aku benci jika manusia menjatuhkan hukum atas kematian itu. bagaimana?

"ali mati sebab kemalangan"
aku manusia dan aku bukan tuhan. aku ada beberapa soalan yang aku pendam buat makhluk tuhan umpama ini.
"siapa yang jadikan kemalangan itu berlaku?"
"siapa yang mencabut nyawa?"
"siapa tuhan kau?"
dan "siapa kau dan apa kuasa kau?"

kalau setakat kau boss manager perdana menteri sekalipun aku tak pernah takut sebab kuasa "kunfayakun" bukan ditangan kau. jadi apa hak kau untuk menjatuhkan hukum. jangan jadi manusia yang tidak bertuhan. umpama kau lembu tidak bertuan. aduh..kasihannya.

agama aku islam. tuhan aku yang satu Allah. cukup untuk buat aku jadi manusia yang tahu hukum tuhan.

No comments:

Post a Comment